Posts

Showing posts from July, 2009

REALITI PELAKSANAAN HASRAT DAN MATLAMAT KERAJAAN ERA TUN DR MAHATHIR (sambungan artikel lepas)

REALITI: Sejauh manakah kemajuan yang dicapai secara kolektif setakat ini berdasarkan realiti diperingkat pelaksanaan? Secara kolektif, pencapaian kemajuan pengkomputeran sebenarnya berada di bawah tahap yang wajar. Apa yang berlaku secara realiti adalah penggunaan IT dalam P&P gagal membawa makna sebenar kaedah tersebut. Komputer dilihat sebagai satu perkakasan yang perlu dipelajari cara penggunaannya sedangkan fungsi sebenarnya hanyalah sebagai alat bantuan mengajar. Penggunaan Internet secara optimum gagal dimanfaatkan kerana ia sebenarnya memerlukan seorang guru yang kreatif untuk menghasilkan suasana P&P yang kondusif. Kegagalan guru meneroka potensi Teknologi Maklumat menyebabkan strategi P&P mereka tidak ada bezanya dengan P&P menggunakan papan hitam. Teknologi Maklumat sebenarnya mampu menjadikan suasana P&P yang merangsang minat pelajar memahami isi kandungan pelajarannya. Kreativiti guru menghasilkan kepelbagaian kaedah pengajaran menggunakan IT juga seben

HASRAT DAN MATLAMAT KERAJAAN ERA TUN DR MAHATHIR

Wawasan 2020 adalah matlamat besar kerajaan Tun Dr Mahathir sewaktu memandu negara ini untuk keluar dari kepompong ‘negara’ sedang membangun. Wawasan untuk menjadi sebuah ‘negara maju’ tidak boleh ditangguhkan lagi kerana negara-negara tersebut telah jauh kehadapan sementara Malaysia masih kekal stereotaip kedudukannya. Tun Dr Mahathir mensasarkan masa yang relevan bagi rakyat Malaysia bergerak seiring dengan usaha kerajaan mencapai matlamat tersebut. Kerajaan telah membuat pelaburan besar mendirikan prasarana Multimedia Super Corridor sebagai isyarat dari Malaysia kepada negara-negara lain tentang kesediaannya untuk bersaing dalam era teknologi. Pelaburan tersebut memang signifikan dari sudut pembangunan selari antara kemajuan teknologi domestik dengan kemajuan teknologi global pada masa kini. Negara berjaya mewujudkan satu prasarana yang dirancang untuk keadaan futuristik dan menggamit minat pelabur asing membuat pelaburannya di negara ini. Seandainya keadaan ini berjaya dikekalkan m

Dasar dan Pelaksanaannya

Perubahan masa turut sama mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia. Manusia terus bergiat aktif dalam memperbaiki taraf kehidupan mereka. Perubahan ini menyebabkan berlakunya pembangunan bentuk ekonomi, politik, sosial dan budaya. Manusia berlumba mencapai matlamat dan berlakulah letusan idea dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Pembangunan pesat bidang pendidikan di negara ini adalah selari dengan tuntutan globalisasi yang menuntut keperluan masa depan yang terlalu kompetitif. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai proses perubahan bagi disesuaikan dengan perubahan kehendak semasa. Walaupun terdapat beberapa pendekatan yang tidak konsisten seperti masuk keluarnya pengenalan sesuatu perkara, jika pihak kerajaan mempunyai pandangan tersendiri yang kukuh berhubung tindakan fleksibel mereka, maka ia dianggap tindakan berani yang harus dipuji kerana Kementerian Pelajaran dianggap sungguh responsif terhadap pencapaian sesuatu pendekatan. Mereka tidak mengekalkan sesu

Perpaduan Kaum

Dasar penjajahan Inggeris telah mempolarisasikan masyarakat majmuk negara ini terpisah mengikut kaum, kawasan dan juga pekerjaan. Struktur tersebut mengakibatkan perbezaan kedudukan sosioekonomi yang tidak seimbang seterusnya menghalang hubungan antara kaum. Setelah mencapai kemerdekaan, negara masih lagi dibelenggu oleh warisan masalah ekonomi, politik dan sosial yang berlarutan. Walaupun dalam keadaan dimana pertumbuhan ekonomi yang agak baik tetapi berlaku ketidakseimbangan pendapatan dikalangan kaum dan kelompok masyarakat dalam negara ini. Penguasaan sektor ekonomi tertentu melebarkan jurang pendapatan dan peluang pekerjaan, keadaan ini membawa kepada salah satu factor kecemburuan kaum. Kerajaan melipatgandakan usaha menangani persoalan ini untuk memberikan keseimbangan yang lebih adil kepada semua kaum. Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan, perhubungan antara kaum di negara ini menunjukkan peningkatan persefahaman. Walaupun mereka hidup dalam aman dan damai pada zahirnya

The Art of Communication: TREAD STORY

He who treads softly travels farthest. Consider the tale of the Chongs and their burst water pipe. Mr. Chong Would Tread Loudly. Of course when Mr. Chong reached home after tiring day, it was annoying to find the bathroom pipe was still not repaired. He was furious. “Hasn’t that plumber been here near the place?” he demanded. “He promised to do the job yesterday, and fell down on it. He promised again for today, and he still hasn’t come. I’ll ring him up now, and tell him what I think of him”. But Mrs. Chong is Wiser “John” she said, as her husband commenced frantically to dial the phone’s number. “Do you want to get the pipe repaired; of do you want to tell the plumber what you think of him?” Mr. Chong stopped his dialing and ginned. “I expect you are right,” he said. “Your ring him up.” And She Trod Softly Hamzi, the plumber was suffering from overwork and a sense of guilt as far as the Chongs were concerned. “I can’t do impossibilities, Mrs. Chong. Half the people in town want me to

REVOLOSI MENTAL

Sebagai peneraju utama kepada pewaris generasi negara masa hadapan, Institusi Pendidikan perlu menilai semula prestasi mereka dan bertanggungjawab penuh untuk ikhlas memperbetulkan kesilapan yang berlaku dengan komitmen yang jitu. Seandainya sesuatu pendekatan yang telah dilaksanakan pada hakikatnya tiada integritinya maka segeralah bertindak memperbaiki keadaan dengan penuh ketulusan. Untuk meletakkan negara Malaysia dihormati dikalangan negara-negara maju, perkara utama yang perlu dibangunkan tidak lain dan tidak bukan ialah rakyatnya. Rakyat negara ini yang perlu dibangunkan terlebih dahulu kerana mereka merupakan tenaga penggerak yang akan memacu negara ini berdepan dengan cabaran globalisasi secara kolektif. Tidak ada gunanya jika memiliki ekonomi dan teknologi yang canggih tetapi rakyat negara ini tidak mempunyai daya saing yang tinggi kerana lambat laun kecemerlangan tersebut akan merosot akibat ketidakmampuan berdepan dengan saingan dan cabaran. Revolusi Mental perlu menjadi fo