Posts

Showing posts from August, 2009

DILEMA SEKOLAH KEBANGSAAN BHG 2

Nasib orang Melayu kini sebenarnya dibinasakan oleh pejuang-pejuang Melayu sendiri. Saya bertanggung jawab di atas kenyataan ini. Pejuang-pejuang Melayu masa kini tidak mempunyai daya pemikiran yang relevan dengan perubahan iklim semasa. Apa istimewanya mempunyai hak apabila kita harus membeli semula sayur yang ditanam ditanah kita dengan harga yang tinggi? Lambakan graduan yang menganggur seperti diumumkan majoritinya adalah orang Melayu. Bilangan yang gagal membayar pinjaman PTPTN juga majoritinya adalah orang Melayu. Gagal mendapatkan pekerjaan bagaimana untuk membayar pinjaman? Mengapa mereka gagal? Mereka gagal disebabkan oleh pejuang-pejuang bangsa Melayu yang bermatian-matian memperjuangkan keistimewaan orang Melayu. Siapa pejuang Melayu yang berani tampil ke hadapan dan mengakui fakta bahawa mereka merupakan punca Melayu gagal? Mereka ini suatu hari akan lenyap dan digantikan dengan pelapis lain yang mewarisi perjuangan mereka. Pelapis yang tetap dengan ideologi merit kepada Me

DILEMA SEKOLAH KEBANGSAAN BHG 1

Apabila bidang pendidikan dipersoalkan, fikiran kita sebenarnya lebih tertumpu kepada permasalahan di Sekolah Kebangsaan, sekolah yang memikul reputasi negara sebagai khazanah yang menunjangi sebuah bangsa Malaysia. Malangnya, Sekolah Kebangsaan kini telah menjadi suatu dominasi oleh golongan Melayu kerana golongan kaum Cina lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRK) Cina. Kesannya, terlihat satu cabaran besar negara untuk menyatu padukan rakyat di negara ini kerana anak-anak di bangku usia yang sangat kecil telah diasingkan mengikut bangsa dan tercetuslah pula satu fenomena pahit yang amat sukar dipulihkan seandainya negara berhasrat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam warna-warni kaum yang berlainan. Kesan jangka panjangnya pula banyak kelihatan tidak menyebelahi pelajar-pelajar Melayu yang dari kecil bergaul sesama sendiri dan apabila mereka menaiki sekolah menengah maka semangat bangsa mereka dengan sen

FENOMENA WARGA GURU BHG 5

Kreativiti merupakan suatu ciri yang perlu ada pada semua guru. Samada menghadiri kursus ataupun dipupuk secara kendiri, kreativiti dapat menjamin mutu pengajaran yang berkualiti. Contohnya mata pelajaran kemahiran hidup. Di dalam sukatan pelajaran telah digariskan kemahiran yang perlu diajar kepada murid. Disertakan sekali contoh sebagai panduan kepada guru. Tetapi apa yang berlaku? Jika didalam sukatan pelajaran memberi contoh membuat projek pembaris, maka di seluruh negara guru-guru mengajar cara membuat pembaris. Guru tidak dapat mengadaptasikan kemahiran yang perlu diajar dengan membuat projek selain dari contoh. Bagaimanakah kita hendak mencungkil bakat kreativiti pelajar sedangkan guru sendiri tidak menunjukkan kreativiti yang perlu dimiliki. Berbalik kepada persoalan pokok, bidang akademik adalah satu kemestian yang perlu diberi keutamaan oleh guru. Baik dari segi perancangan, ringkasan mengajar, alat bantu mengajar, pengajaran, latihan dan pemeriksaan buku latihan adalah prose

FENOMENA WARGA GURU BHG 4

Kita masih bersyukur masih ada guru yang begitu prihatin terhadap pelajar dan nama sekolah. Menjadi seorang pendidik bukannya tugas mudah. Tetapi terpulang kepada guru sendiri untuk mengkategorikan diri mereka. Jika dilihat, guru-guru ini dapat dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama yang merasakan tugas mendidik suatu tugas berat, memerlukan perancangan rapi, menyediakan pengajaran yang menarik, mendidik dengan tekun bagi memastikan kesemua anak didiknya berjaya dengan cemerlang. Walaupun tugas tersebut berat, tetapi pada akhirnya mereka merasakan nikmat yang tidak terhingga apabila objektif yang disasarkannya tercapai. Mereka mampu menggariskan pengurusan masa yang berkesan. Golongan kedua pula merupakan golongan yang mengiakan pendapat masyarakat, iaitu tugas guru memang senang. Tetapi bila berhadapan dengan masyarakat, mereka tetap mengatakan bahawa tugas guru itu berat kerana selain mengajar terpaksa melaksanakan tugas-tugas mirip buruh kasar seperti mengecat, membuat garis

FENOMENA WARGA GURU BHG 3

Masalah sosial seperti ponteng sekolah,merokok, bohsia, vandalisme, gangsterisme dan lain-lain lagi merupakan persoalan yang sungguh sinonim dengan pelajar dan nampak seakan menjadi agenda negara. Anak murid guru manakah yang terlibat dalam masalah-masalah ini? Mengapa hal ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini? Adakah disebabkan media massa yang menggembur gembarkan permasalahan ini maka hal ini dilihat sebagai pemangkin kepada masalah ini? Kita lupakan peranan media massa dan berbalik kepada perbincangan keluarga guru dan mengenepikan soal luar. Masalah sosial ini ketara di sekolah-sekolah menengah tanpa mengenepikan sekolah rendah. Apabila timbul sesuatu masalah, maka pihak sekolah sebenarnya lebih senang menutup kes tersebut kerana tidak mahu dilabelkan sebagai sekolah bermasalah oleh Pejabat Pelajaran Derah, Jabatan Pelajaran Negeri mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia. Mana tidaknya, jika terdapat sesuatu kes tersebut, maka pihak atasan tidak kenal penat dan lelah untuk memb

FENOMENA WARGA GURU BHG 2

Sekolah merupakan tempat mendidik pelajarnya dari segi kurikulum dan kokurikulum yang terkandung nilai-nilai murni sebagai bekalan anak-anak ini menempuh masa depan mereka. Biar apapun nilai murni yang ditanam secara langsung dan tidak langsung, fungsi dan matlamat akademik tetap diutamakan. Ilmu pengetahuan melalui mata pelajaran yang diajar tetap menjadi intipati dan agenda sesebuah sekolah. Maka guru yang diamanahkan untuk mengajar matapelajaran ini tidak dapat lari dari hakikat bahawa ini adalah tanggung jawabnya. Apa yang terjadi hari ini, sekolah-sekolah pada hari ini terlalu melebihkan soal non-akademik berbanding fokus kepada akademik. Terlalu banyak aktiviti seperti Hari kantin, sukan, perkhemahan, lawatan, persaraan guru, hari guru, mesyuarat guru dan lain-lain lagi. Aktiviti tersebut tidak dapat dinafikan pentingnya untuk memupuk nilai-nilai murni pelajar tetapi yang menjadi persoalannya ialah cara perlaksanaannya. Haruskah sambutan hari guru sebagai contoh, merupakan suatu

FENOMENA WARGA GURU BHG 1

Guru, manusia yang ditakdirkan oleh Tuhan untuk mendidik golongan manusia yang lain. Takdir yang telah ditentukan sejak dia dicipta. Seorang guru sebenarnya sendiri kurang pasti pada awalnya mengapa dia menjadi seorang guru. Perjalanan seorang guru, sejak ia bertatih hingga membuat keputusan menjadi seorang guru sememangnya telah tersurat. Manusia yang berkeinginan menjadi seorang guru, yang pada awalnya dinamakan cita-cita, tidak melihat kenyataan di sebalik pahit getirnya seorang guru. Manusia yang tidak dapat menempatkan dirinya kepada cita-cita asalnya pula, guru menjadi pilihan. Manakala, manusia yang didorong untuk menjadi guru oleh ibubapa pula merupakan anak yang mematuhi asuhan ibubapa, walaupun jauh di sudut hati telah terpendam cita-cita yang lebih tinggi. Biar apapun cita-cita asal seorang manusia itu, sebaik dia melangkah kedalam bilik darjah untuk mengajar buat pertama kali, dia dinamakan guru. Maka bermulalah episod ketentuan takdir. Namakan apa sahaja kerjaya di atas mu