DILEMA SEKOLAH KEBANGSAAN BHG 2

Nasib orang Melayu kini sebenarnya dibinasakan oleh pejuang-pejuang Melayu sendiri. Saya bertanggung jawab di atas kenyataan ini. Pejuang-pejuang Melayu masa kini tidak mempunyai daya pemikiran yang relevan dengan perubahan iklim semasa. Apa istimewanya mempunyai hak apabila kita harus membeli semula sayur yang ditanam ditanah kita dengan harga yang tinggi?

Lambakan graduan yang menganggur seperti diumumkan majoritinya adalah orang Melayu. Bilangan yang gagal membayar pinjaman PTPTN juga majoritinya adalah orang Melayu. Gagal mendapatkan pekerjaan bagaimana untuk membayar pinjaman? Mengapa mereka gagal? Mereka gagal disebabkan oleh pejuang-pejuang bangsa Melayu yang bermatian-matian memperjuangkan keistimewaan orang Melayu.

Siapa pejuang Melayu yang berani tampil ke hadapan dan mengakui fakta bahawa mereka merupakan punca Melayu gagal? Mereka ini suatu hari akan lenyap dan digantikan dengan pelapis lain yang mewarisi perjuangan mereka. Pelapis yang tetap dengan ideologi merit kepada Melayu.

Melayu akan kekal berkhidmat di sektor yang membuatkan mereka selesa dengan pendapatan tetap, cukup untuk hidup. Melayu yang bertatih untuk menentang arus budaya bangsa mereka pula kerap tersimpuh dipertengahan jalan kerana menempuh budaya yang bukannya milik mereka.

Perjuangan Melayu masa kini perlu bertumpu kepada mengiklimkan budaya baru. Budaya Melayu yang sedia ada perlu dibasmi dan dilatih untuk berjuang sendiri bagi mencari kehidupan sendiri. Jika hak keistimewaan menjadi agenda perjuangan, maka ada baiknya agenda tersebut tidak lagi dibicarakan dan biarkanlah ia menjadi suatu rukun yang mutlak.

bersambung...insyallah

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK