TAHAP KREATIVITI RAKYAT MALAYSIA

Apabila saya memberi ceramah berhubung kreativiti,seringkali saya ditanya soalan berhubung kaedah untuk menjadi seorang yang kreatif.

Kreativiti adalah idea yang dihasilkan oleh seseorang. Saya tidak mengatakan dihasilkan oleh "orang kreatif". Kerana tidak ada istilah "orang kreatif" sebenarnya. Maksudnya semua orang berkemampuan untuk menghasilkan kreativiti.

Manusia yang mampu berfikir ialah golongan orang yang kreatif. Diperjelaskan lagi, seorang manusia yang berfikir tentang masalah yang dihadapi dan kemudian memikirkan pula jalan penyelesaiannya juga telah menjalani satu proses pemikiran kreatif.

Mereka ini tergolong dalam kelompok manusia yang mempunyai IDEA YANG KREATIF.

Seterusnya, terdapat golongan yang mampu menghasilkan produk yang kreatif. Mereka ini adalah pembina. Dengan kemampuan teknikal yang ada, beliau mampu menterjemahkan idea kreatif ke dalam bentuk teknikal dan menjadikannya sebagai satu produk. Mereka ini tergolong dalam PEMBINA YANG KREATIF.

Kebanyakan rakyat Malaysia terdiri daripada golongan idea yang kreatif. Golongan pengidea ini mampu mengeluarkan pelbagai idea tapi malangnya idea tetap tinggal idea sehinggalah pada satu hari, idea yang difikirkan itu muncul dipasaran. Nah, katanya.."Aku dah fikir dah benda ni dulu"..katanya..

Pengidea memandang rendah terhadap kebolehan pemikiran kreatifnya sendiri. Puncanya kerana mereka tidak tahu kemanakah idea tersebut perlu disalurkan.

Banyak pihak yang berjumpa dengan saya untuk meminta idea untuk memasukki pertandingan rekacipta terutamanya pelajar universiti serta sekolah-sekolah. Saya tidak akan memberikan idea tetapi sebaliknya saya suka memberikan konsep bagaimana untuk merekacipta. Jika saya terus memberikan idea produk untuk dicipta, maka tahun depan mereka akan meminta lagi.

Pembina yang kreatif pula sebenarnya merupakan golongan yang mampu menyelesaikan masalah teknikal serta mampu menterjemahkan idea dari pengidea kepada bentuk maujud.Insyallah saya akan menghuraikan kaedah menjadi seorang pembina yang kreatif dalam artikel hadapan atau anda boleh menghubungi saya untuk memberi ceramah di tempat anda.

Maka, gabungan pengidea dan pembina sangat diperlukan untuk mengukuhkan tahap rekacipta di negara kita.

Terlalu banyak pertandingan rekacipta yang diadakan di negara kita tapi sayangnya produk yang dihasilkan tidak dapat dikomersialkan. Mengapa? Kerana hakim yang dipilih terlalu teknikal.

Nasihat saya, sekiranya mana-mana pihak membuat pertandingan rekacipta, janganlah melantik orang teknikal seperti pensyarah atau guru sebagai hakim. Mereka ini suka sangat nak tengok bahagian dalam produk tersebut, iaitu cara ianya dibina. Adakah bila kita beli produk dikedai, kita nak tengok bahagian dalamnya?

Bila kita beli barang,kita nak tengok bagaimana bagusnya produk itu dan bagaimana ia memudahkan kita. Maka boleh saja kita lantik makcik-makcik yang tidak tahu apa-apa berhubung pertandingan. Biar mereka pilih barang mana yang sesuai untuk digunakan. Ibarat mereka pergi ke kedai nak beli barang. Dalam erti kata lain, praktikal. Mereka ini adalah USER yang sebenar.

Insyallah, satu hari nanti saya percaya rakyat kita akan mampu menghasilkan produk yang digunakan diseluruh dunia. Saya akan terus berjuang menekankan tentang kreativiti dan rekacipta biarpun tidak ada pihak yang mengetahui kewujudan saya dalam perjuangan ini.

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK