BUDAYA MEMBACA BUKU? HANYA 2% GURU GEMAR MEMBACA?

Umum mengetahui betapa pentingnya membaca. Dari mula persekolahan hidup kita dipenuhi dengan pembacaan buku. Habis sekolah, ramai orang tidak lagi membaca buku. Mengapa aktiviti penting ini diabaikan?

Kerana kebanyakan rakyat Malaysia sewaktu kecil atau dizaman persekolahan dipaksa membaca buku. Mereka membaca bukan kerana minat tetapi kerana terpaksa.
Orang yang gemar membaca buku terdiri dari golongan yang memahami apa yang dipelajari. Setelah mereka memahami apa yang dipelajari, mereka menjadi dahagakan maklumat tambahan. Maka mereka membaca dan terus membaca.

Golongan yang tidak gemar membaca buku pula terdiri daripada mereka yang tidak memahami apa yang dipelajari. Apabila mereka tidak memahami apa yang dipelajari, maka minat mereka akan hilang. Mereka tidak berkeinginan untuk mencari maklumat berhubung perkara tersebut.

Menjadi tanda tanya dalam pemikiran saya pada hari ini, apakah tahap pembacaan buku dikalangan guru-guru di sekolah kita?

Saya telah menerbitkan buku REFORMASI MINDA GURU yang ditujukan khusus untuk guru-guru. Tidak dijual dipasaran kerana matlamat buku ini hanya untuk golongan guru. Maka saya mencari ruang dibeberapa perhimpunan atau persidangan para guru untuk menjual buku secara terus. Fakta mengejutkan yang saya perolehi. Hanya 2% golongan guru yang minat dengan buku. Perhimpunan 1000 orang guru, buku saya terjual sebanyak 17 buah. Persidangan 800 orang, terjual 13 buah. Persidangan 500 orang terjual 13 buah. Dan beberapa lagi perhimpunan dan persidangan. Saya tidak pasti apakah statistik ini boleh dijadikan panduan tetapi inilah kenyataan yang saya perolehi.

Saya tidak mengharapkan mereka membeli buku tersebut tetapi saya akan merasa puas jika mereka bertandang, memegang, membelek dan bertanya mengenai kandungannya. Saya tidak menjual buku bertajuk lain atau barangan lain. Hanya semata-mata buku yang terpampang tajuk GURU dihadapannya. Seringkali disebelah saya terdapat gerai menjual baju batik dan sebagainya. Guru-guru sanggup berpusu-pusu membelek dan membeli baju batik tetapi tidak buku. Hanya 2% dari golongan tersebut yang membeli buku saya.
Persoalannya, mengapa sangat kurang guru yang membaca buku? Jika diperhatikan, memang sangat kurang guru yang membaca buku tambahan kerana sebab yang tersendiri.

Mengikut pengamatan saya, guru kurang membaca buku kerana mereka merasakan bahawa mereka telah mahir dengan apa yang hendak diajar kepada para pelajar. Hakikatnya tidak. Guru-guru kita ramai yang tidak effisyen dalam menguasai ilmu yang dipelajari. Mujur kalangan pelajar kita tidak menguasai kemahiran bertanya yang baik. Sekiranya mereka terdiri dari kalangan pelajar yang banyak bertanya, barulah golongan guru dapat merasakan cabaran hebat menanti mereka.

Hasilnya, guru yang tidak mampu menguasai ilmu akan mengajar ilmu yang tidak berkualiti kepada para pelajar seterusnya menghasilkan pelajar yang tidak berkualiti. Pelajar-pelajar ini satu hari nanti akan menjadi guru dan mereka akan mengajar perkara yang sama. Entah bila pusingan ini akan berakhir?

Comments

  1. saudara zulfadzli,

    tidakkah saudara rasa artikel saudara terlalu menekan para guru?

    ReplyDelete
  2. saya meminati tulisan anda.walaupun sebagai seorang guru saya sepatutnya mempertahankan kredibiliti profesyen ini, tetapi saya rasa saudara berani menegur atas nama tanggungjawab. syabas saudara, teruskan berjuang

    ReplyDelete
  3. Cikgu pun manusia biasa jugak. Janganlah ingat guru tu malaikat. Mereka juga ada keluarga yang nak diuruskan. Berat tuduhan yang dilempar kepada guru hari ni, kira kanan semuanya mengutuk dan takde siapa yang membantu mempertahankan kami selain kami sendiri.

    ReplyDelete
  4. Saya amat setuju dengan pandangan saudara tentang kaum guru tidak gemar membaca.

    Mereka sepatutnya menjadikan membaca sebagai sebahagian daripada budaya hidup kerana kerjaya guru itu berkaitan dengan ilmu dan pengetahuan.

    Tanpa meneruskan pembacaan, ilmu dan pengetahuanh kaum guru tidak akan bertambah.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Tulisan saudara mirip Malay Dilemma karya Tun M.. mengkritik org Melayu utk mengejutkan mereka. saudara mengkritik untuk mengejutkan para guru. Diharap guru-guru dapat menerima kritikan untuk kebaikan.

    Hari ini, Timb Mentyeri Pjaran berckp mengenai Guru Semberono. Harap saudara dapat mengulas mengikut pandangan saudara.

    ReplyDelete
  6. mcmana la anak aku nak pandai mcm ni??

    ReplyDelete
  7. Salam semua,

    Saya amat bersetuju dengan penulis. Sepatutnya para guru Islam harus mencontohi dan membaca buku-buku biografi ulama-ulama terdahulu yang terlalu cintakan ilmu dan buku.

    Sila lawati Blog Jom Sewa Buku.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK