GURU SEMBORONO

Timbalan Menteri Pendidikan hari ini melabel guru-guru yang tidak effisyen sebagai guru semberono.

Disebalik label tersebut, saya kira maruah guru-guru banyak tercalar disebabkan oleh kegagalan sebilangan mereka yang hanya menjalankan tugas tetapi tidak memikul tanggungjawab.

Tugas guru ialah menyampaikan ilmu dan untuk menyempurnakannya mereka dilimpahi dengan pelbagai tugasan yang melimpah ruah. Tugasan yang melimpah ruah ini dipanggil sistem. Maka jika terdapat sistem yang betul, maka tugasan ini menjadi ringan dan menyeronokkan.

Disebalik tugas itu, yang lebih penting ialah tanggungjawab. Tanggungjawab guru ialah untuk melahirkan manusia (pelajar) yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan fizikal.

Membentuk sikap manusia bukanlah tugas yang mudah. Hanya mereka yang mempunyai hati yang bersih dapat memikul tanggungjawab ini. Jika tidak dapat memikulnya, maka tergolonglah mereka dalam golongan guru semberono.

Guru semberono harus diberi pilihan. samada memperbaiki diri atau meletak jawatan. Sekiranya mereka tidak membuat pilihan, maka mereka bukan sahaja merosakkan kredibiliti professyen perguruan tetapi menjahanamkan manusia.

Ibarat seorang pemandu teksi yang tidak menggunakan meter, memberi alasan bahawa sewa teksi mahal dan susah mendapat penumpang. Saya suka menasihatkan mereka untuk mencari pekerjaan lain dan tak payah pandu teksi. Kerana ianya menyusahkan pengguna dan merosakkan kredibiliti negara dimata pelancong.

Begitu juga dengan guru semberono, jika banyak merungut tentang tugasan yang banyak, carilah pekerjaan lain. Negara tidak mampu menanggung kerosakan disebabkan oleh golongan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, bekerja untuk mendapat gaji.

Jika terdapat golongan guru yang mampu memikul tanggungjawab melalui tugasan yang diberi, mengapa tidak anda? Adakah anda berbeza?

Kepada guru semberono, suka saya mengingatkan bahawa tiada pekerjaan yang mudah. Tambahan pula menjadi seorang guru. Anda perlu mencari keseronokan mengajar. Anda perlu menciptanya kerana mengajar sebenarnya bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Hanya anda yang mampu mengubahnya.

SIAPA YANG MENGKATEGORIKAN DIRI MEREKA SEBAGAI GURU SEMBERONO INI?

Comments

  1. cam menarik je...
    suka pegang kata2 ni, "KALAU BUKAN SEKARANG BILA,KALAU BUKAN KITA SIAPA"

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum En Zul,

    Saya mula tertarik dengan posting tuan. artikel yang amat membina dan saya kira berjaya membuka mata para guru. Boleh tak tuan berkongsi pendapat sedikit tentang cara untuk menjadi guru yang effisyen.

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Saya sangat setujuuuuuuuuuuuuuuuu..berapa ramai guru yang semberono sebenarnya tau yang mereka ni guru semberono?? Masalahnya semua cikgu rasa depa adalah guru yang baik..jadi sampai kiamat pun takkan ada cikgu nak mengaku..

    Mcmana tu?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    kerajaan dah ujudkan jawatan Guru Cemerlang dsbnya.

    Persoalannya, betul ke diaorg ni cemerlang? atau kerana pandai bodek?

    Saya tengok takde beza pun diaorg ni

    ReplyDelete
  5. Bro,

    Pengetua semberono pun ramai jugak.. Demotivated org bawahan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK