Posts

Showing posts from 2010

KAEDAH ALTERNATIF MENANGANI MASALAH NAHAS BAS

Nahas bas terburuk yang mengorbankan 27 penumpang semalam merupakan satu fenomena yang tidak ada kesudahannya. Tindakan semerta JPJ ialah dengan memperkenalkan SISTEM AUTOMATIK IMPOSEMENT yang menekankan kepada kesalahan melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Sistem ini diharapkan mampu menangani masalah kemalangan seperti di atas. Mampukah? Pemandu di Malaysia agak unik. Kebanyakan mereka seperti amat yakin bahawa mereka cekap memandu dan mustahil bagi mereka terlibat dalam kemalangan. Jika tidak masakan Mat rempit sanggup menunggang motorsikal sambil berdiri. Kesimpulannya kebanyakan pengguna jalan raya di negara ini tidak memikirkan keselamatan. Mereka hanya takut kepada penguatkuasaan. Kalau tak percaya lihat di lebuhraya, kalau ada kenderaan yang berselisih dihadapan member isyarat lampu, maka barulah pemandu akan memperlahankan kenderaan kerana diketahui ada perangkap had laju di hadapan. Buatlah kempen keselamatan macamana sekalipun kepada pengguna jalanraya, semua d

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK

Peperiksaan SPM dan STPM hampir tiba ke penghujung. Para pelajar yang menduduki peperiksaan akan menarik nafas lega namun degupan jantung para guru disebaliknya. Semakin dekat dengan pengumuman keputusan peperiksaan debaran para guru kian kencang. Jika kerisauan pelajar hanyalah berkisar mengenai diri masing-masing tetapi kegusaran para guru adalah berkaitan dengan keseluruhan anak didiknya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Seolah-olah peperiksaan itu adalah untuk menguji kecekapan guru mengajar ( sesuatu yang harus difikirkan!!!) Saya teringat sewaktu pengumuman keputusan UPSR tempohari secara khususnya. Seorang pelajar ini membuat kenyataan betapa terkejutnya beliau dengan keputusan cemerlang yang diperolehi memandangkan beliau sering tertidur di dalam kelas. Maknanya bukanlah disebabkan oleh guru yang menjadikan beliau cemerlang. Pelajar yang lainnya menyatakan resipi kejayaan adalah tuisyen yang diikuti serta usaha keras mereka mengulangkaji pelajaran. Hampir tid

MEMAHAMI SIKAP ORANG KREATIF

Saya sering ditanya dalam majlis-majlis ceramah berhubung kaedah untuk menjadi kreatif. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, untuk menjadi kreatif, kita perlu menguasai ilmu fundamental (iaitu asas kepada sesuatu ilmu) dengan baik. Menguasai maksudnya MEMAHAMI, bukan sekadar menghafal. Sebab itulah ramai dari golongan masyarakat kita merasakan diri mereka tidak kreatif kerana tidak dikurniakan dengan otak yang kreatif. Mereka silap. Kreativiti boleh dibentuk dan bukan semata-mata anugerah khas. Orang yang menguasai ilmu fundamental dengan baik mampu berfikir secara logik dan mereka akan suka untuk menyelesaikan masalah. Mereka mampu berkomunikasi dengan masalah tersebut. Disinilah bermulanya rekacipta dan inovasi. Salah satu lagi persamaan orang yang kreatif ialah berhubung dengan sikap. Persamaan utama ialah berhubung dengan teknik mengatasi kebosanan. KEBOSANAN ADALAH MUSUH UTAMA. Apabila mereka bosan maka mereka akan mula melakukan perkara lain dan tidak akan melayani kebo

Karnival Malaysia Inovatif 2010

Saya akan berada di Malacca International Trade Centre (MITC) pada 12-14 Nov 2010. Sempena karnival tersebut yang dianjurkan oleh MOSTI, saya akan membuka booth pameran dan mempamerkan mesin rekaan syarikat Zull Design Autotronic. Diantara bahan pameran ialah mesin robot membuat roti jala. Saya juga akan mempamer serta menjual sistem penggera rumah yang menggunakan kuasa bateri. Pada  14 Nov, saya akan menjalankan Bengkel Inovasi dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Dalam bengkel ini saya akan mendedahkan teknik untuk menjadi seorang yang kreatif serta bagaimana untuk menghasilkan inovasi. Bengkel ini adalah bengjkel terbuka dan boleh disertai oleh sesiapa. saya amat berharap para guru di sekitar kawasan tersebut dapat menghadirkan diri menyertai Bengkel ini kerana saya akan berkongsi tips mengajar yang menyeronokkan.

MERANGSANG TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI (RENEWABLE ENERGY RESOURCES)

Bekalan Tenaga Tidak Boleh Diperbaharui (Non-renewable Energy Resources) terhasil daripada bahan fosil yang akan pupus dalam anggaran jangkamasa 40-50   tahun lagi. Sebagai persediaan menghadapi senario tersebut, maka manusia mencipta pula Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy Resources) untuk menampung kepupusan tenaga NRE pada masa hadapan. Sebanyak mana pun wang yang dimiliki oleh kerajaan, ianya tidak mampu untuk membeli NRE yang akan pupus. Oleh yang demikian, kaedah yang paling baik ialah dengan melakukan penjimatan. Sektor pengangkutan dan perindustrian merupakan pengguna tenaga yang terbesar iaitu sebanyak 80% dari keseluruhan penggunaan tenaga. Kepesatan pembangunan tidak memungkinkan kedua-dua sektor ini mengurangkan kebergantungan kepada bekalan kuasa fosil pada masa ini. Bekalan Tenaga Alternatif (Renewable Energy) pula masih lagi mahal untuk penggunaan secara meluas buat masa ini. Bekalan RE yang popular pada masa ini ialah penggunaan Solar Photovoltaic. Bekalan ku

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Assalamualaikum Pak Pandir Terima kasih kerana komen anda melalui posting "Bolehkah Kita Bersatu". Saya rasa gembira kerana anda memperjuangkan permasalahan guru kita. Saya memang menunggu feedback sebegini kerana sekurang-kurangnya saya ditegur jika kenyataan dan pendapat saya menyinggung perasaan beberapa pihak. Bukan semua manusia yang terpilih untuk menjadi guru. Tuhan telah memilih manusia-manusia yang hebat sahaja untuk menjadi guru. Ada guru yang tidak menyedari betapa istimewanya mereka apabila ditakdirkan oleh Tuhan untuk menjadi guru. Ramai berpendapat betapa kualiti guru pada hari ini semakin menurun. Pendapat mereka berasaskan betapa  guru-guru pada hari ini memilih kerjaya tersebut sebagai pilihan terakhir. Mungkin ada kebenarannya. Tetapi walau apa pun niat sebenar, sekali mereka menjadi guru, mereka harus memikul amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Seorang guru harus menjadi superman/superwoman. Alangkah bahagianya dunia ini jika ibubapa dan masyarakat

Identiti Bahasa Malaysia

Buat masa ini terlalu banyak isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung identiti negara kita. Ada yang menggelarnya negara Islam, ada juga yang memanggilnya sebagai  negara Melayu dan tidak kurang mengklasifikannya sebagai negara Sekular. Identiti negara kita berubah dari segi nama iaitu daripada Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaya dan seterusnya Malaysia. Adakah sebarang kemungkinan ianya akan berubah lagi dan mendapat nama baru? Bendera juga berubah konfigurasinya mengikut bilangan negeri yang termaktub didalam persekutuan. Bendera juga boleh diubah jika ada permintaan. Lagu Negaraku juga pernah berubah tempo nya. Banyak lagi identiti yang mampu berubah seperti jata negara dan sebagainya. Bagaimana pula dengan bahasa? Bahasa merupakan salah satu daripada cabang identiti sesebuah negara. Negara kita memiliki penutur dari pelbagai bahasa dan baru-baru ini ada diumumkan bahawa rakyat Malaysia memiliki penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi dan baik dikalangan negara

BOLEHKAH KITA BERSATU???

PERPADUAN BANGSA .. satu ungkapan yang mudah disebut tetapi amat sukar dilaksanakan dalam erti kata sebenar di negara ini. Hari ini PM menyeru supaya mereka yang cintakan perpaduan supaya berani bersuara. Jika kita hendak berbicara tentang soal perpaduan, dimanakah kita perlu memulakannya? Untuk mencapai perpaduan hakiki, ianya memerlukan pengorbanan. Bangsa Melayu perlu mengorbankan hak kesamarataan sebagai contohnya, dan Bangsa Cina serta India perlu mengorbankan sistem persekolahan vernakular mereka. Pengorbanan memerlukan keikhlasan hati iaitu sesuatu yang amat sukar dilakukan apabila ianya menyebabkan bangsa tersebut kehilangan legasinya. Jika tidak sanggup berkorban secara ikhlas, maka dasar asimilasi perlu dilaksanakan, iaitu satu sistem paksaan yang tidak demokratik. Namun jika kita melihat secara realiti, tidak ada satu kaedah pun diatas yang mampu menggembirakan rakyat dinegara ini untuk mencapai perpaduan. Konsep 1 Malaysia juga hanya merupakan satu cogankata. Tidak leb

EDUCATION GIVES US KNOWLEDGE, PERSONALITY GIVES US POWER

Personality is Your Greatest Asset Personality Beats Brains At school, Napoleon Bonaparte was at the bottom of his class. Yet he became master of Europe. Countries and monarchs fell before him. Men and women of all ages fell under his spell. Napoleon was super-charged with personality. It radiated from him in intense degree and was the secret of the terrific influence he had over those around him. And it is that particular power which shapes your life. When You Get Right Down To It Your life depends on these two things : 1. How You Behave To Others 2. How Others Behave To Your Don’t run away with the idea that only No. 1 is your affair, that you can’t help how other people behave to you. Nothing of the sort. How other people behave to you is very much affair. How people behave to you depends more on you than on them

BANGSA DAN KETURUNAN: SEBUAH EKSPERIMEN

Apabila kita dilahirkan kedunia ini, kita dinamakan manusia. Setelah itu barulah ianya di identiti kan mengikut bangsa. Apabila kita menjumpai bayi yang dibuang di tepi jalan, kita mengenalinya sebagai manusia tetapi sukar untuk mengenalpasti bangsanya dengan tepat. Manusia merupakan kejadian Tuhan yang bernyawa. Selain dari itu Tuhan juga menjadikan haiwan sebagai kehidupan bernyawa. Kehidupan bernyawa yang mampu bergerak, melihat, bertindakbalas, berkeluarga dan sebagainya. Haiwan dicipta dalam beratus-ratus bentuk seperti gajah, zirafah, buaya, ikan, semut dan sebagainya. Manakala manusia dicipta dalam satu bentuk sahaja dengan sifat-sifat yang sama; mata, telinga, hidung, tangan, kaki dan sebagainya. Kronologi manusia dari sejak kejadian Nabi Adam (A.S) hingga kini amat menarik. Bagaimanakah dari percantuman dua orang manusia (telah wujudkah bangsa pada Nabi Allah Adam dan Hawa dijadikan?) boleh terjadinya beratus-ratus jenis bangsa manusia didunia? Ada bangsa Inggeris, Afrika, C

Hukuman

Penjara katanya merupakan sebuah tempat untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Pesalah dihidangkan dengan hidup yang memeritkan didalam ruang tertutup. Lebih berat dari itu ada yang disebat dan ada juga yang dihukum gantung sampai mati. Tapi adakah mereka insaf dan tidak mengulangi kesilapan? Dari pelbagai hukuman yang diterima rasanya hanya mereka yang dihukum gantung sampai mati sahaja yang tidak akan mengulangi kesilapan mereka. Yang lain-lain, sebahagian besar akan mengulangi kesilapan mereka. Saya baru melepasi jalan dihadapan Penjara Pudu sebentar tadi dan sempat melihat sebahagian proses perobohan. Ada yang memprotes bangunan ini dirobohkan kerana beranggapan ianya memiliki nilai sejarah. Seorang pegawai penjara dalam Majalah 3 baru-baru ini mengungkapkan perkataan “disinilah bebepara penjenayah yang HEBAT seperti Botak Chin, Bentung Kali dan Mokhtar Komando dipenjarakan”. HEBAT? Bolehkah perkataan hebat digunakan kepada mereka? Saya ingin berbicara berhubung hal hukuman. Pad

ADOLF HITLER: RETORIK ATAU REALITI??

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua.. . Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini... Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?" Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya. Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu.

ALAT PENGGERA KESELAMATAN INOVASI TERKINI

Image
alat penggera rumah terkini Tajuk pada posting kali ini agak berbeza dari kebiasaan. Saya rasa tajuk ini amat perlu diketengahkan kerana terlalu banyak kegiatan pecah rumah kebelakangan ini yang bukan sahaja melibatkan kehilangan harta tetapi sehingga ketahap pertaruhan nyawa. Saya pasti ramai yang bersetuju bahawa kehilangan harta benda boleh dicari tetapi kehilangan nyawa tidak ada gantinya Pencuri pada hari ini terlalu terdesak dan sanggup merogol serta membunuh apabila mereka memasuki rumah.Ia akan meninggalkan trauma berpanjangan kepada mangsa apatah lagi sekiranya insiden tersebut melibatkan anak-anak kita. Sehubungan itu, saya telah membangunkan satu alat penggera yang amat mudah digunakan. Hanya sangkutkan alat ini ditombol pintu anda sebelah dalam. Apabila anda sekeluarga masuk tidur, ON kan penggera ini. PENGGERA INI AKAN BERBUNYI SEBELUM PENCURI SEMPAT MEMEGANG TOMBOL PINTU ANDA!!! Kesannya, pencuri akan terkejut kerana mereka belum sempat menyentuh tombol dan ini a

JADUAL WAKTU ANJAL

Pada sekitar tahun 1995, sistem Jadual Waktu Anjal telah diperkenalkan. Sistem tersebut membolehkan sesuatu subjek diajar dalam tempoh waktu yang lama dalam sehari. Contohnya pada satu hari hanya 2-3 subjek diajar berbanding 6-7 subjek dalam sehari. Sistem ini membolehkan sesuatu Pengajaran & Pembelajaran dilaksanakan secara hands-on. P&P menjadi menarik kerana guru-guru menyediakan latihan yang pelbagai bagi membolehkan pelajar memahami subjek dengan mendalam. Banyak alat bantuan mengajar perlu digunakan. ABM ini perlu dibangunkan oleh para guru mengikut kreativiti masing-masing. Kebaikan sistem ini ialah ia membolehkan pelajar belajar dalm suasana bilik darjah yang menyeronokkan. Tetapi kaedah tersebut gagal diteruskan kerana guru-guru tidak mampu menyediakan P&P yang menarik. Ramai yang tidak mampu menggunakan waktu yang panjang tersebut secara optimum. Akhirnya pelajar hanya membuat tugasan yang tidak menyeronokkan seperti menulis dan menyalin semula buku teks kedalam

HAPUSKAN UPSR DAN PMR

Perubahan dasar dalam bidang pendidikan sentiasa mendapat perhatian hangat dari segenap lapisan masyarakat. Masyarakat kini telah hilang keyakinan terhadap perubahan dasar oleh kerajaan selepas insiden PPSMI. Apakah kesan dari pembatalan PPSMI? Rakyat melihat kerajaan gagal merancang dasar dengan baik kerana setelah seseuatu dasar diperkenalkan ianya terpaksa dibatalkan. Sesuatu dasar tidak sepatutnya dibatalkan. Seandainya ia tidak mendatangkan keputusan yang baik, seharusnya ia dikaji dan mencari kaedah meningkatkannya. Kali ini UPSR dan PMR hendak dimansuhkan. Apakah justifikasi kerajaan hendak memansuhkannya? Bentangkan kepada rakyat justifikasi mereka dan laksanakanlah. Telah sekian lama saya berpendapat agar UPSR dan PMR perlu dimansuhkan. Saya terlibat dalam bidang pendidikan inovasi di peringkat dewasa. Saya memahami keadaan sebenar rakyat Malaysia yang tidak kompetitif dalam berfikir secara kreatif. Mengapa? Kerana sewaktu disekolah mereka hanya menghafal. Tetapi mereka

Bengkel Inovasi Sempena Karnival Malaysia Inovatif 2010

Image
Zulfadzli Haron menerangkan sesuatu kepada peserta bengkel Zull Design Autotronic dan Utusan Malaysia sempena Karnival Malaysia Inovatif 2010 di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, semalam. Bengkel Mega Ke Arah Rakan Inovasi dapat sambutan baik KOTA KINABALU 28 Mei - Bengkel Mega Ke Arah Rakan Inovasi anjuran Utusan Malaysia yang julung kali diadakan di negeri ini hari ini mendapat sambutan menggalakkan dan respons positif daripada para peserta. Bengkel yang dikendalikan oleh Zull Design Autotronic (ZDA) itu telah berjaya menarik perhatian kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti pelajar, ibu bapa, guru, penjawat awam dan pekerja swasta. Rata-rata peserta bengkel sehari bermula 8.30 pagi hingga 5 petang itu, menyifatkan pengisian bengkel oleh Pengarah Latihan ZDA, Zulfadzli Haron telah membuka minda mereka dalam memahami asas inovasi. Mereka menyatakan penerangan yang diberikan begitu jelas dan mudah difahami sehingga membina keyakinan dan

BAHASA MANDARIN DI SEKOLAH KEBANGSAAN

Untuk kesekelian kalinya, berbunyi kembali hasrat kerajaan untuk membawa Bahasa Mandarin ke Sekolah Kebangsaan. Saya telah mengulas kepentingan Bahasa Mandarin didalam tulisan saya sebelum ini dan ulasan yang panjang lebar didalam buku saya yang bertajuk REFORMASI MINDA GURU. Saya amat berharap hasrat ini bukan bertujuan politik. Bahasa Mandarin amat penting dipelajari oleh bangsa Melayu sendiri. Terdapat juga suara-suara yang tidak senang dengan pendekatan mewajibkan Bahasa Mandarin di Sekolah Kebangsaan kerana berpendapat Bahasa Malaysia sendiri perlu diutamakan. Bagi mereka yang tidak berkesempatan membaca buku saya, eloklah saya mengulas semula persoalan ini. Kita akan menjadi seorang yang rugi jika tidak menguasai sesuatu ilmu yang baru. Pada pandangan saya Bahasa Mandarin perlu menjadi satu bahasa yang wajib kepada semua pelajar dan bukannya setakat menjadi pengajian Bahasa Ibunda di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Mandarin adalah bahasa yang terbesar dipertuturkan di dunia pada m

Bengkel Inovasi Siri 3

Bengkel Inovasi Siri 3 Zull Design dengan usahama Utusan Malaysia akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 28 Mei 2010. Penyertaan telah mencapai had maksima seramai 100 orang. Bengkel ini mendapat sambutan daripada para peserta kerana ia mendedahkan teknik menjadi kreatif dengan mudah. Pada bengkel yang pertama, seorang peserta yang mengikuti bengekl tersebut telah berjaya menghasilkan inovasi beliau, iaitu pancing untuk orang buta. Inovasi tersebut merupakan salah satu contoh hasil yang diperolehi selepas mengikuti bengkel ini. Bengkel Inovasi Siri 4 akan diadakan pada 22-23 Julai di Kuala Terengganu. Bengkel kali ini dijalankan serentak sengan Karnival Malaysia Inovatif 2010 dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kepada mereka yang berminat untuk mendaftar Bengkel Inovasi siri 4 di Kuala terengganu, sila hantarkan emel ke reformasimindaguru@yahoo.com dengan kadar segera untuk mengesahkan tempat.

Guru dan Peniaga

Sudah lebih sebulan tidak menulis disini. Saya agak sibuk kerana baru membuka sebuah kiosks, menjual barangan inovasi di sebuah pusat membeli belah. Barangan yang dijual memerlukan saya meyakinkan pengguna berhubung kebaikan dan kelebihan produk. Memang amat memenatkan untuk menjadi seorang peniaga sebegini kerana memerlukan kreativiti dan kemahiran interpersonal untuk menarik perhatian pembeli seterusnya meyakinkan mereka untuk membeli produk. 12 jam bekerja amat memenatkan. Tetapi setelah pulang, perlu menutup akaun dan melihat kepada kejayaan jualan, hilang rasa penat malah menyebabkan saya lebih bersemangat untuk berniaga pada keesokan harinya. Saya suka membuat analogi perniagaan tersebut dengan tugas seorang guru. Apabila kita mengerah keringat kita dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan segala kemahiran yang ada untuk membuatkan pelajar kita memahami apa yang diajar, nescaya kita akan puas apabila melihat kemajuan mereka. Tugas guru tidak jauh bezanya dengan seorang ahli

Kursus Intensif Kreativiti dan Inovasi

Inovasi memerlukan kreativiti. Kebanyakan masayarakat di negara ini masih lagi mempersoalkan tahap kreativiti dalam diri mereka.Kreativiti boleh dipelajari dan bukan semata-mata diwarisi. Saya telah menghasilkan modul latihan intensif kreativiti untuk mencungkil bakat kreativiti individu. Kursus ini disasarkan kepada guru-guru sekolah serta tenaga pengajar dan pensyarah di institusi pengajian kerana diharapkan guru-guru nanti mampu mencurahkan ilmu kreativiti kepada para pelajar mereka. Dengan ilmu yang diperolehi, anda mampu untuk menghasilkan produk inovasi khususnya untuk menyertai Pertandingan Rekacipta yang dijalankan saban tahun. Kursus intensif sehari ini boleh dijalankan disekolah/institusi 1anda dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Kursus dijalankan secara hands-on dimana guru-guru akan mempelajari teknik kreativiti yang sebenar. Kursus intensif ini tidak memerlukan sebarang latarbelakang teknikal. Kepada sekolah-sekolah serta Institusi Pengajian yang berminat untuk me

Teknik Belajar Menjadi Kreatif

Teknik belajar memainkan peranan penting untuk membentuk kreativiti dalam diri. Apabila anda belajar seringkali fokus anda hanya tertumpu kepada bagaimana untuk mengingati fakta. Ini menyebabkan anda membentuk diri menjadi seorang penghafal. Seorang penghafal mampu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan tetapi seringkali mereka gagal mengaplikasi pengetahuan tersebut apabila mereka menghadapi masalah. Apabila kita belajar, perkara utama yang perlu kita lakukan ialah bagaimana untuk memahami fakta dan bukannya menghafal. Untuk memahami fakta tersebut kita harus menjiwai apa yang dipelajari. Ilmu pengetahuan perlu difahami dan bukannya dihafal. Pengetahuan asas amat penting dalam setiap bidang ilmu pengetahuan. Melalui pengetahuan asas ini anda dapat berfikir secara logik berhubung perkara yang baru. Lantas anda akan sering berfikir dan menganalisa kemungkinan apabila berhadapan dengan setiap masalah. Cuba bayangkan permasalahan ini. Apabila kenderaan anda rosak, anda akan membe

Bagaimana untuk meminati buku?

Majoriti rakyat Malaysia membaca buku hanya apabila mereka di bangku sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi. Mereka membaca kerana mereka terpaksa. terpaksa membaca disebabkan oleh permintaan peperiksaan. Seandainya tiada peperiksaan, rasanya pelajar-pelajar kita langsung tidak membaca. Kalau tidak setuju, cuba kita lihat kembali kepada fakta masyarakat kita yang telah tamat belajar. Adakah mereka dilihat membaca buku? Kalau ada yang membaca syukurlah kerana mereka terdiri dari golongan yang gemar membaca. Tetapi berapa ramai bilangan mereka? Masyarakat kita kurang membaca kerana mereka tidak diasuh untuk MINAT MEMBACA tetapi sebaliknya mereka di PAKSA MEMBACA. Sebab itu membaca tidak menjadi budaya masyarakat kita. Adakah guru-guru kita menunujukkan contoh bahawa kita minat membaca? Minat membaca akan timbul jika kita sentiasa dahagakan ilmu. Apabila kita memahami sesuatu perkara asas dengan baik maka kita akan menjadi minat. Maksudnya kita faham. Apabila kita faham maka kita

Bengkel Rakan Inovasi

Semalam bertempat di Sekolah Menengah Teknik Kajang, saya telah menjalankan bengkel Rakan Inovasi, iaitu satu projek usahasama diantara Zull Design Autotronic dan Utusan Malaysia. Bengkel sehari tersebut merupakan satu bengkel terbuka dimana penyertaan dibuka kepada orang awam. Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM150.00 seorang, alhamdulillah bengkel tersebut dapat menarik peserta seramai 50 orang. Menariknya, terdapat peserta yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyertai bengkel tersebut. Mereka yang sanggup membayar dan meluangkan masa tersebut didapati terdiri dari golongan mereka yang dahagakan ilmu. Terdapat juga seorang peserta berusia 50an, seorang wanita yang bekerja di jabatan kerajaan. Bengkel seterusnya akan diadakan pada 3 April 2010 bertempat di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar,Seremban dan borang penyertaan boleh diperolehi dari akhbar Utusan Malaysia setiap hari Khamis di ruangan Mega. Bengkel ini akan mendedahkan kepada peserta teknik untuk

Lawatan ke rumah pelajar

Semalam saya berjumpa dengan bekas anak murid saya setelah 18 tahun tidak berjumpa. Namanya Hafiz. Saya mengajar Hafiz sewaktu dia berada di darjah 1. Beliau menemui saya di facebook dan lantas menghubungi saya. Jadi malam tadi atas usaha Hafiz,kami berjumpa. Saya berbangga kerana dia kini telah berjaya. Selain menjadi seorang jurutera, beliau juga membuka pusat tuisyen. Yang menyebabkan saya berasa lebih berbangga, kerana dia berhasrat untuk berjumpa saya kerana dia merasa perlunya berjumpa dan bertanya khabar kepada bekas gurunya. Saya merasa sungguh tersentuh kerana bekas pelajar saya semasa di darjah 1 masih mengingati saya. Sungguh terharu. Kami bercerita panjang dan cuba mengingati kisah silam. Saya ditemani isteri saya dan kami bertiga berterusan bercerita sehingga jam 12 malam di kedai mamak. Saya berbangga kerana bukan sahaja dia bejaya dalam kerjaya, tetapi amat berbangga kerana dia pandai menghormati bekas gurunya. Inilah nikmat sebenar seorang guru. Melihat bekas pelajarnya

Mereformasikan Sistem Pendidikan Negara

Laporan Bank Dunia menyarankan Malaysia melaksanakan proses reformasi dalam bidang pendidikan bagi memenuhi hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi. Laporan tersebut berpendapat perlunya reformasi dilakukan melibatkan peringkat rendah dan menengah. Benar sekali saranan Bank dunia tersebut. Mengapa kita perlu menunggu orang luar menyarankannya baru hendak memikirkannya. Mengapa saranan tersebut timbul?. Saya tidak menyalahkan sistem pendidikan tetapi lebih kepada pelaksanaan. Kegagalan utama kita ialah kita gagal menghasilkan pelajar yang mampu berfikir. Mengapa pelajar kita lemah berfikir? Kerana mereka tidak bertanya soalan. Mengapa pelajar kita kurang bertanya soalan? Kerana mereka tidak faham apa yang dipelajari. Maksudnya, guru-guru dan pensyarah kita gagal menghasilkan pelajar yang mampu menerajui negara pada masa hadapan untuk bersaing dengan negara maju lain di dunia. Persoalannya, apa yang perlu direformasikan? Bukan sistem pendidikan, tetapi pelaksanaan. Para Menteri tidak

Adakah pelajar kita memahami apa yang dipelajari?

“OK , ada apa-apa soalan?” tanya guru kepada pelajarnya. Kebiasaannya…para pelajar akan senyap tanpa bertanya sebarang soalan. Inilah sindrom yang dialami oleh para pelajar pada hari ini, baik diperingkat sekolah rendah, menengah mahupun peringkat lebih tinggi. Mengapa agaknya pelajar kita sangat kurang bertanya soalan? Pelajar kita kurang bertanya soalan kerana mereka tidak memahami apa yang dipelajari. Pelik bukan. Pelajar yang aktif bertanya di dalam kelas adalah disebabkan oleh guru yang pandai membuatkan pelajar mereka memahami apa yang dipelajari. Ternyata kenyataan ini benar apabila kita bertanya kepada pelajar-pelajar tersebut atau anak-anak kita sendiri. Guru-guru mengajar anak kita menghafal. Pada mereka, yang penting adalah murid lulus dalam peperiksaan. Pemahaman mereka terhadap subjek tersebut kurang dititikberatkan. Kalau tidak percaya, silalah bertanya kepada anak-anak anda agar mereka menghuraikan apa yang mereka pelajari. Contohnya bagaimana empangan hidro elektrik yan

Tulus Ikhlas Anda

Bagaimana untuk memastikan konsistensi kita memikul jatidiri tatkala kita dihujani pelbagai cabaran yang tidak tertanggung sehingga memaksa kita menggadaikan jatidiri yang dibina? Jawapannya berbalik kepada kesedaran tanggungjawab sebagai seorang guru. Tanggungjawab yang tidak ada tolak bandingnya atau tanpa prejudis kerana kegagalan kita membekalkan mereka dengan ilmu secukupnya bakal memberikan kesan yang berpanjangan terhadap pelajar tersebut apabila mereka meningkat dewasa. Berat sungguh tanggungjawab tersebut dan nyata ia tidak sanggup dipikul oleh sebarangan manusia. Jika seorang guru enggan memikul tanggungjawab tersebut maka beliau harus memikirkan kembali secara serius kelayakan beliau memegang jawatan sebagai seorang guru. Sesungguhnya di dalam hati setiap guru, ada disisipkan satu lagi kekuatan untuk meringankan beban tanggungjawab tersebut iaitu keikhlasan. Hati yang ikhlas adalah jawapan mutlak kepada penyelesaian masalah tanggungjawab yang berat tersebut. Apabila kita tel

Kemanakah PLKN?

Aktiviti Dalam Kelas (Indoor) di PLKN akan dikurangkan dan digantikan dengan memperbanyakkan aktiviti Luar kelas (Outdoor) atas alasan pelatih berasa bosan dengan aktiviti Indoor. Apakah penyebab aktiviti Indoor perlu dikurangkan? Pada pendapat saya ianya disebabkan oleh tenaga pengajar gagal untuk menarik perhatian pelatih. Aktiviti indoor sepatutnya mempunyai elemen simulasi yang menyeronokkan. Apabila pelatih merungut kerana ianya membosankan, sepatutnya pihak pentadbir perlu melihat kembali kaedah pengajaran dalam kelas dan bukannya mengambil jalan keluar dengan menambah aktiviti outdoor. Simulasi yang dijalankan dalam aktiviti indoor adalah satu ruangan yang memberikan banyak pengajaran berbanding dengan aktiviti outdoor. Aktiviti outdoor banyak menguji fizikal dan mental peserta tetapi kebanyakan pelatih akan memandangnya sebagai satu hiburan ataupun permainan. Justeru, intipati aktiviti akan lebih menjurus kepada permainan. Untuk menjalankan aktiviti indoor, tenaga pengajar perl

Jatidiri Guru Bhg 3

Guru harus terus utuh berpegang kepada matlamat dan tanggungjawab mereka tanpa berbelah bagi biar dihujani tohmahan dan sindiran dari masyarakat sekeliling. Seandainya ada diantara guru-guru yang tidak sependapat dengan aspek ini dan terus terusan melaungkan ketidak adilan bagi seorang guru untuk mengecap hak sebagai manusia biasa yang dikurniakan dengan perasaan, maka beliau haruslah memikirkan semula keupayaannya untuk memikul gelaran sebagai seorang guru. Guru-guru di zaman penjajah dipilih untuk memimpin perjuangan rakyat kerana mereka diyakini mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Keistimewaan yang terserlah ialah dari segi semangat juang yang tidak mengenal erti penat dan lelah malahan sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi membalas kepercayaan. Kemahiran teknikal guru-guru untuk mengajar subjek tertentu merupakan ilmu yang boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja. Disinilah terletaknya kelebihan seorang insan yang dilahirkan untuk menjadi guru kerana mereka pe

Jatidiri Guru Bhg 2

Pelik untuk menyatakan bahawa tugas guru tidak mempunyai risiko berbanding tugasan profesyen lain. Risiko yang mampu dinyatakan oleh guru-guru secara umumnya ialah keselamatan para pelajar sewaktu di bawah pengawasan mereka adalah tugas berat yang dipikul. Hanya sedikit yang mampu menterjemahkan risiko dari segi mental dan emosi apatah lagi tentang kelakuan dan adab pelajar secara menteladani tingkahlaku guru-guru yang tidak diuruskan dengan baik. Terlalu tinggi sebenarnya risiko seorang guru jika dihalusi. Guru menghasilkan produk dalam bentuk jiwa berbanding kebanyakan profesyen ikhtisas yang lain di mana puratanya dibayar atas tahap risiko kerja. Tetapi kegagalan guru melihat risiko yang dipikulnya menyebabkan masyarakat juga gagal melihat risiko mereka. Dalam hal ini, guru-guru perlu berfikir kembali rasional kepada penarafan masyarakat terhadap kerjaya mereka. Setiap individu yang bernama guru perlu bertanggungjawab di atas pemulihan semula kepercayaan rakyat terhadap profesyen pe