Posts

Showing posts from January, 2010

Jatidiri Guru Bhg 3

Guru harus terus utuh berpegang kepada matlamat dan tanggungjawab mereka tanpa berbelah bagi biar dihujani tohmahan dan sindiran dari masyarakat sekeliling. Seandainya ada diantara guru-guru yang tidak sependapat dengan aspek ini dan terus terusan melaungkan ketidak adilan bagi seorang guru untuk mengecap hak sebagai manusia biasa yang dikurniakan dengan perasaan, maka beliau haruslah memikirkan semula keupayaannya untuk memikul gelaran sebagai seorang guru. Guru-guru di zaman penjajah dipilih untuk memimpin perjuangan rakyat kerana mereka diyakini mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Keistimewaan yang terserlah ialah dari segi semangat juang yang tidak mengenal erti penat dan lelah malahan sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi membalas kepercayaan. Kemahiran teknikal guru-guru untuk mengajar subjek tertentu merupakan ilmu yang boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja. Disinilah terletaknya kelebihan seorang insan yang dilahirkan untuk menjadi guru kerana mereka pe

Jatidiri Guru Bhg 2

Pelik untuk menyatakan bahawa tugas guru tidak mempunyai risiko berbanding tugasan profesyen lain. Risiko yang mampu dinyatakan oleh guru-guru secara umumnya ialah keselamatan para pelajar sewaktu di bawah pengawasan mereka adalah tugas berat yang dipikul. Hanya sedikit yang mampu menterjemahkan risiko dari segi mental dan emosi apatah lagi tentang kelakuan dan adab pelajar secara menteladani tingkahlaku guru-guru yang tidak diuruskan dengan baik. Terlalu tinggi sebenarnya risiko seorang guru jika dihalusi. Guru menghasilkan produk dalam bentuk jiwa berbanding kebanyakan profesyen ikhtisas yang lain di mana puratanya dibayar atas tahap risiko kerja. Tetapi kegagalan guru melihat risiko yang dipikulnya menyebabkan masyarakat juga gagal melihat risiko mereka. Dalam hal ini, guru-guru perlu berfikir kembali rasional kepada penarafan masyarakat terhadap kerjaya mereka. Setiap individu yang bernama guru perlu bertanggungjawab di atas pemulihan semula kepercayaan rakyat terhadap profesyen pe

Jatidiri Guru

Bukanlah martabat yang menjadi perjuangan utama warga guru kerana martabat adalah milik masyarakat. Jika masyarakat ingin memartabatkan kita di suatu peringkat yang tinggi maka tinggilah kita begitu juga sebaliknya. Apa yang ingin dicapai ialah meyakinkan negara bahawa generasi masa depan yang akan bertindak sebagai pelapis yang akan menerajui negara telah siap disediakan dengan ilmu yang secukupnya. Di sinilah sumbangan setiap individu yang bergelar guru dituntut untuk menyempurnakan tanggungjawabnya. Apabila kita menggerakkan hati untuk bertindak maka seluruh anggota badan akan melaksanakan tanggungjawab seperti yang dikehendakki oleh hati kita. Maka hati kita merupakan aspek penting dalam menentukan halatuju kita. Walaupun minda kita mampu menginterpretasikan kesan hasil dari tindakan namun hati kita menentukan tindakan yang akan diambil. Untuk membuktikan kebenarannya, eloklah kita renungkan kembali pendekatan kita dalam pengajaran pada setiap hari. Kita dibekalkan oleh Tuhan denga

Hala tuju Bahagian 2

Guru harus meletakkan hasrat mencapai matlamat yang digariskan untuk dijadikan satu cabaran yang menyeronokkan menjalankan tugas sebagai seorang guru. Tanpa matlamat tersebut maka kita tidak mempunyai halatuju dan berkesudahan dengan perasaaan bosan serta tidak bersemangat untuk menjadi seorang guru. Guru sudah sedia arif dengan rutin menulis persediaan mengajar untuk esok hari dalam buku rekod mengajar yang menjadi tradisi selama berpuluh-puluh tahun. Pernahkah kita meneliti semula pada setiap hujung tahun, helaian demi helaian dalam buku tersebut tentang apa yang ditulis? Rancangan tahunan, bulanan dan harian adalah sebenarnya berkait rapat dengan topik ini. Setiap awal tahun apabila kita telah mengetahui matapelajaran dan tahap yang akan diajar, selalunya saat tersebut merupakan minggu yang amat memenatkan apabila kita perlu melengkapkan buku tersebut dengan sukatan pelajaran, jadual waktu, senarai nama pelajar dan sebagainya. Ada yang menyalin semula sukatan pelajaran kedalam buku

Halatuju anda

Selain faktor harga diri dan tanggungjawab guru yang perlu diperbaharui semula, faktor hala tuju guru-guru pada hari ini adalah satu kemestian yang perlu direvolusikan semula secara total. Hala tuju yang dimaksudkan di sini ialah sikap dan keinginan guru-guru untuk melangkah lebih jauh lagi daripada apa yang dicapainya pada hari ini. Melangkah lebih jauh bermaksud mendalami ilmu yang mampu memberikan makna yang berguna bukan sahaja kepada diri sendiri malahan lebih dari itu, untuk melengkapkan bekalan ilmu kehidupan masa hadapan kepada anak didik yang dihadapinya pada hari ini. Seorang pengembara bergantung kepada peta apabila beliau pertama kali menjejakkan kakinya kesatu destinasi yang asing baginya. Ada peta yang berbentuk umum dan ada yang terperinci mengikut kesesuaian. Sebagai seorang pengembara, peta yang terperinci sangat membantu pengembaraan berbanding sebuah peta yang umum. Begitu jugalah hakikatnya dengan senario warga guru. Buku panduan sukatan pelajaran disediakan oleh p