Kemanakah PLKN?

Aktiviti Dalam Kelas (Indoor) di PLKN akan dikurangkan dan digantikan dengan memperbanyakkan aktiviti Luar kelas (Outdoor) atas alasan pelatih berasa bosan dengan aktiviti Indoor.

Apakah penyebab aktiviti Indoor perlu dikurangkan? Pada pendapat saya ianya disebabkan oleh tenaga pengajar gagal untuk menarik perhatian pelatih. Aktiviti indoor sepatutnya mempunyai elemen simulasi yang menyeronokkan. Apabila pelatih merungut kerana ianya membosankan, sepatutnya pihak pentadbir perlu melihat kembali kaedah pengajaran dalam kelas dan bukannya mengambil jalan keluar dengan menambah aktiviti outdoor.

Simulasi yang dijalankan dalam aktiviti indoor adalah satu ruangan yang memberikan banyak pengajaran berbanding dengan aktiviti outdoor. Aktiviti outdoor banyak menguji fizikal dan mental peserta tetapi kebanyakan pelatih akan memandangnya sebagai satu hiburan ataupun permainan. Justeru, intipati aktiviti akan lebih menjurus kepada permainan.

Untuk menjalankan aktiviti indoor, tenaga pengajar perlulah berpengalaman luas dan menguasai ilmu psikologi yang baik. Jika tenaga pengajar berjaya memikirkan simulasi yang terbaik maka pengajaran akan menjadi amat menarik. Persoalannya, tenaga pengajar tidak mempunyai ilmu psikologi yang baik serta tidak kreatif untuk mentafsirkan sesuatu isu yang hendak disampaikan. Sebab itulah pengajaran membosankan pelatih.

Kita perlu ingat PLKN telah hampir 8 tahun dijalankan sejak penubuhannya pada mesyuarat tahun 2002. Ianya telah dirancang dengan begitu baik. Tetapi mengapa sekarang ianya hendak diubah? Apakah modul PLKN hendak dilabel sebagai mencurah air ke daun keladi? Setelah jutaan ringgit ditaburkan sepanjang tahun, hendaknya PLKN muncul sebagai satu kaedah untuk meningkatkan jati diri anak Malaysia serta memperkukuhkan integrasi nasional.

Beginilah situasi yang dihadapi oleh para guru didalam kelas. Apabila kita gagal membuatkan pelajar memahami apa yang diajar maka mereka akan hilang minat terhadap matapelajaran tersebut. Guru-guru perlu lebih kreatif dalam kaedah penyampaian. Guru perlu memahami dengan mendalam terlebih dahulu subjek tersebut dan kemudiannya mencari kaedah bagaimana hendak menyampaikannya kepada pelajar agar mereka memahami dan menguasai apa yang dipelajari.

Comments

  1. saya setuju dengan pandangan anda.. masalah sekarang bukan indoor atau outdoor yang dilebih atau dikurangkan..tetapi apakan pengisian utk setiap aktiviti yang di jalankan tu... kalau dilebihkan outdoor maka akan jadi mcm latihan kadet nak jadi askar jadinya...fizikal akan jadi letih,bila fizikal letih, minda pun letih..bila letih...malas nak berfikir...

    seperkara lagi, bila dah dilebihkan outdoor maka akan ramailah ibu bapa akan berlumba2 berjumpa doktor untuk mendapatkan surat pelepasan untuk anak mereka dgn alasan...'berpenyakit' utk melalui latihan fizikal...

    ReplyDelete
  2. PLKN membazir duit kerajaan?? Apakah output PLKN benar2 mencapai objektifnya utk melahirkan masyarakat muda yg lebih positif dan mengukuhkan integrasi kaum?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK