Bagaimana untuk meminati buku?

Majoriti rakyat Malaysia membaca buku hanya apabila mereka di bangku sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi. Mereka membaca kerana mereka terpaksa. terpaksa membaca disebabkan oleh permintaan peperiksaan. Seandainya tiada peperiksaan, rasanya pelajar-pelajar kita langsung tidak membaca.

Kalau tidak setuju, cuba kita lihat kembali kepada fakta masyarakat kita yang telah tamat belajar. Adakah mereka dilihat membaca buku? Kalau ada yang membaca syukurlah kerana mereka terdiri dari golongan yang gemar membaca. Tetapi berapa ramai bilangan mereka?

Masyarakat kita kurang membaca kerana mereka tidak diasuh untuk MINAT MEMBACA tetapi sebaliknya mereka di PAKSA MEMBACA. Sebab itu membaca tidak menjadi budaya masyarakat kita. Adakah guru-guru kita menunujukkan contoh bahawa kita minat membaca?

Minat membaca akan timbul jika kita sentiasa dahagakan ilmu. Apabila kita memahami sesuatu perkara asas dengan baik maka kita akan menjadi minat. Maksudnya kita faham. Apabila kita faham maka kita akan cuba untuk menyelesaikan masalah. Kita akan banyak berfikir. Semakin kita berfikir semakin banyak ilmu yang kita perlukan.

Maka secara tidak langsung kita akan mula mencari ilmu pengetahuan tersebut… tidak kira lah samada buku fizikal ataupun buku maya..asalkan kita membaca.

Kesimpulannya, minat membaca timbul akibat dari keperluan mendapat ilmu dengan lebih mendalam lagi. Tetapi sekiranya kita tidak menguasai ilmu asas, maka kita akan kehilangan minat untuk mencari ilmu yang dihadapan..kerana tiada keperluan. Justeru, marilah kita mengajar anak didik kita dengan penuh tanggung jawab agar mereka dapat memahami ilmu yang dipelajari kerana mereka berminat dan bukannya dipaksa.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK