BAHASA MANDARIN DI SEKOLAH KEBANGSAAN

Untuk kesekelian kalinya, berbunyi kembali hasrat kerajaan untuk membawa Bahasa Mandarin ke Sekolah Kebangsaan. Saya telah mengulas kepentingan Bahasa Mandarin didalam tulisan saya sebelum ini dan ulasan yang panjang lebar didalam buku saya yang bertajuk REFORMASI MINDA GURU.

Saya amat berharap hasrat ini bukan bertujuan politik. Bahasa Mandarin amat penting dipelajari oleh bangsa Melayu sendiri. Terdapat juga suara-suara yang tidak senang dengan pendekatan mewajibkan Bahasa Mandarin di Sekolah Kebangsaan kerana berpendapat Bahasa Malaysia sendiri perlu diutamakan.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan membaca buku saya, eloklah saya mengulas semula persoalan ini. Kita akan menjadi seorang yang rugi jika tidak menguasai sesuatu ilmu yang baru. Pada pandangan saya Bahasa Mandarin perlu menjadi satu bahasa yang wajib kepada semua pelajar dan bukannya setakat menjadi pengajian Bahasa Ibunda di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Mandarin adalah bahasa yang terbesar dipertuturkan di dunia pada masa kini.

Saya nampak, sekiranya Bahasa Mandarin diwajibkan di Sekolah Kebangsaan, sekurang-kurangnya akan dapat menarik hati kaum lain untuk belajar di SK. Semangat perjuangan pelajar Melayu di SK pada masa kini amat lemah kerana rata-rata pelajarnya terdiri dari bangsa Melayu sendiri. Tiada pergaulan sosial merentasi kaum berlaku diperingkat yang amat suci ini. maka tentulah yang ruginya bangsa Melayu itu sendiri.

Saya lebih mementingkan tentang nasib bangsa Melayu yang akan datang. Kita akan mati dan meninggalkan mereka berjuang sendirian ditanahair ini. Mampukah mereka hidup dengan selesa pada masa hadapan dinegara sendiri yang ekonominya dikuasai oleh kaum lain? Kehebatan sesebuah bangsa bergantung pada ekonomi mereka pada masa ini dan masa hadapan. Marilah kita mempersiapkan anak-anak kita dengan ilmu perjuangan ekonomi dan bukannya dengan mewariskan hak-hak yang tidak tentu akan kewujudannya pada masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK