JADUAL WAKTU ANJAL

Pada sekitar tahun 1995, sistem Jadual Waktu Anjal telah diperkenalkan. Sistem tersebut membolehkan sesuatu subjek diajar dalam tempoh waktu yang lama dalam sehari. Contohnya pada satu hari hanya 2-3 subjek diajar berbanding 6-7 subjek dalam sehari. Sistem ini membolehkan sesuatu Pengajaran & Pembelajaran dilaksanakan secara hands-on. P&P menjadi menarik kerana guru-guru menyediakan latihan yang pelbagai bagi membolehkan pelajar memahami subjek dengan mendalam. Banyak alat bantuan mengajar perlu digunakan. ABM ini perlu dibangunkan oleh para guru mengikut kreativiti masing-masing.

Kebaikan sistem ini ialah ia membolehkan pelajar belajar dalm suasana bilik darjah yang menyeronokkan. Tetapi kaedah tersebut gagal diteruskan kerana guru-guru tidak mampu menyediakan P&P yang menarik. Ramai yang tidak mampu menggunakan waktu yang panjang tersebut secara optimum. Akhirnya pelajar hanya membuat tugasan yang tidak menyeronokkan seperti menulis dan menyalin semula buku teks kedalam buku latihan. Amat menyedihkan.

Jadual waktu anjal ini perlu dilaksanakan sekiranya UPSR dan PMR hendak dimansuhkan. Tetapi para guru perlu menjalani latihan untuk berfikir secara kreatif tentang bagaimana mengoptimumkan masa P&P dengan sepenuhnya. Seorang guru yang baik akan menghargai kaedah ini kerana ia membolehkan mereka menjalankan latihan hands-on yang sememangnya akan menyeronokkan pelajar dan seterusnya membolehkan pelajar benar-benar memahami P&P.

Comments

Popular posts from this blog

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK