Identiti Bahasa Malaysia

Buat masa ini terlalu banyak isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung identiti negara kita. Ada yang menggelarnya negara Islam, ada juga yang memanggilnya sebagai  negara Melayu dan tidak kurang mengklasifikannya sebagai negara Sekular.

Identiti negara kita berubah dari segi nama iaitu daripada Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaya dan seterusnya Malaysia. Adakah sebarang kemungkinan ianya akan berubah lagi dan mendapat nama baru? Bendera juga berubah konfigurasinya mengikut bilangan negeri yang termaktub didalam persekutuan. Bendera juga boleh diubah jika ada permintaan. Lagu Negaraku juga pernah berubah tempo nya. Banyak lagi identiti yang mampu berubah seperti jata negara dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan bahasa?

Bahasa merupakan salah satu daripada cabang identiti sesebuah negara. Negara kita memiliki penutur dari pelbagai bahasa dan baru-baru ini ada diumumkan bahawa rakyat Malaysia memiliki penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi dan baik dikalangan negara-negara bukan anglosphere.

Tetapi bagaimana pula dengan Bahasa Malaysia? Adakah rakyat Malaysia secara keseluruhannya menguasai Bahasa Malaysia dengan baik? Saya mempersoalkan kebolehan rakyat bukan Melayu di negara ini untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan. Kefasihan sebilangan mereka berada dalam keadaa yang lemah malah ada yang langsung tidak mampu bertutur. Seperti yang dibuktikan dalam kes di sebuah BalaiPolis baru-baru ini dimana pelapor tidak mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia dan seterusnya menjadi isu yang rasis. Dimanakah sikap patriotik mereka terhadap negara? Apakah matlamat sebenar yang hendak mereka capai?

Dikalangan konglomerat negara pula, saya amat bersedih dengan Datuk Tony Fernandez, pengusaha Air Asia sebagai seorang ikon usahawan yang berjaya dan mewakili negara di persada antarabangsa, Saya tidak pernah mendengar beliau bertutur dalam Bahasa Malaysia di kaca televisyen. Apakah masalah beliau sebenarnya?

Jika tiada pihak yang membendung perkara ini, identiti negara ini lambat laun akan turut berubah...






Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK