MERANGSANG TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI (RENEWABLE ENERGY RESOURCES)

Bekalan Tenaga Tidak Boleh Diperbaharui (Non-renewable Energy Resources) terhasil daripada bahan fosil yang akan pupus dalam anggaran jangkamasa 40-50  tahun lagi. Sebagai persediaan menghadapi senario tersebut, maka manusia mencipta pula Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy Resources) untuk menampung kepupusan tenaga NRE pada masa hadapan.

Sebanyak mana pun wang yang dimiliki oleh kerajaan, ianya tidak mampu untuk membeli NRE yang akan pupus. Oleh yang demikian, kaedah yang paling baik ialah dengan melakukan penjimatan. Sektor pengangkutan dan perindustrian merupakan pengguna tenaga yang terbesar iaitu sebanyak 80% dari keseluruhan penggunaan tenaga. Kepesatan pembangunan tidak memungkinkan kedua-dua sektor ini mengurangkan kebergantungan kepada bekalan kuasa fosil pada masa ini.

Bekalan Tenaga Alternatif (Renewable Energy) pula masih lagi mahal untuk penggunaan secara meluas buat masa ini. Bekalan RE yang popular pada masa ini ialah penggunaan Solar Photovoltaic. Bekalan kuasa dari  Solar PV terlalu mahal untuk membekalkan tenaga kepada sebuah rumah jika dibandingkan dengan bekalan tenaga grid TNB. Untuk membekalkan bekalan kuasa bagi satu rumah, perbelanjaan memasang Solar PV akan mencecah ratusan ribu ringgit, sesuatu yang mustahil untuk dibelanjakan oleh masyarakat negara ini.

Sungguh pun begitu saya percaya bahawa kerajaan boleh mengambil  inisiatif awal bagi menggalakkan penggunaan Solar PV. Dengan memperkenalkan program 1 rumah untuk 100 watt/jam, maka jika penglibatan 10,000 buah isi rumah dalam setahun bakal menjimatkan 2Megawatt setahun. Saya mengandaikan sebuah isirumah akan memasang komponen berkuasa 100 watt selama 6 jam sehari. bermaksud dalam sehari sebuah rumah telah menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 600 watt. Maka apabila kita mendarab 10,000 buah rumah sehari selama 6 jam dan dikali dengan 360 hari kita akan mendapat penjimatan sebanyak 2.1Megawatt setahun.

Secara tidak langsung, jangkahayat hasil fosil dapat dipanjangkan daripada 40 tahun kepada 60-70 tahun akan datang. Tempoh tersebut akan membolehkan rakyat di negara ini berkemampuan untuk memasang tenaga diperbaharui pada masa tersebut apabila harganya bertambah murah.

Comments

  1. salam en. zul.
    saya bersetuju alternatif kepada penambahan ialah melalui penjimatan.

    Sebenarnya alam Allah ciptakan ini banyak khasiat dan hikmahnya.Kebanyakan sumber tenaga yg ada hari ini hanyalah sekelumit drpd rahsia yg blh kita kaji lagi. Tenaga tidak pernah dijana, sebaliknya ditukar dr 1 bntuk kpd bentuk yg lain. (orang fizik tahu sgt lah, saya bukan)

    Justeru mengapa tidak kita serap tenaga yag ditukar/dihasilkan kepada tenaga baru, kemudian ditukar semula kpd tenaga yg diperlukan (dgn kata lain kitar semula).
    cth: tenaga elektrik -> kinetik -> elektrik.
    Amnya kos tidaklah mahal. Kita blh beljar dari dinamo basikal. Tenaga Kayuhan -> kitaran dinamo -> elektrik. Nampak mudah, tp prinsipnya blh beri kesan/kebaikan yg besar. Blh dibuat dlm skala besar. Taiwan pun dah majukan konsep kinetik->elektrik. Orang Islam pernah cipta mesin pertanian gunakan tenaga air (aliran sungai). Mesin automatik seperti ini murah kerana menggunakan 'kuasa' alam. Mengapa tidak kita cuba bina alat gunakan kuasa alam (selain empangan hidro, kincir angin dsb.)?

    Bgmana tenaga kinetik dari tumbuhan blh dimanfaatkan (cth. pokok semalu)? :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK