KAEDAH ALTERNATIF MENANGANI MASALAH NAHAS BAS

Nahas bas terburuk yang mengorbankan 27 penumpang semalam merupakan satu fenomena yang tidak ada kesudahannya.

Tindakan semerta JPJ ialah dengan memperkenalkan SISTEM AUTOMATIK IMPOSEMENT yang menekankan kepada kesalahan melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Sistem ini diharapkan mampu menangani masalah kemalangan seperti di atas. Mampukah?

Pemandu di Malaysia agak unik. Kebanyakan mereka seperti amat yakin bahawa mereka cekap memandu dan mustahil bagi mereka terlibat dalam kemalangan. Jika tidak masakan Mat rempit sanggup menunggang motorsikal sambil berdiri. Kesimpulannya kebanyakan pengguna jalan raya di negara ini tidak memikirkan keselamatan. Mereka hanya takut kepada penguatkuasaan. Kalau tak percaya lihat di lebuhraya, kalau ada kenderaan yang berselisih dihadapan member isyarat lampu, maka barulah pemandu akan memperlahankan kenderaan kerana diketahui ada perangkap had laju di hadapan.

Buatlah kempen keselamatan macamana sekalipun kepada pengguna jalanraya, semua dipandang ringan. Kita boleh melihat kenderaan besar seperti lori dan bas yang dipandu dengan sangat laju di jalanraya apatah lagi dilebuhraya. Ada mereka peduli?

Langkah penyelesaian yang saya nampak ialah dengan mengujudkan pembekal Inspektor Bas. Peranan Inspektor Bas bukannya hendak memeriksa tiket ya. Sebuah syarikat/akademi perlu dibentuk untuk melatih Inspektor Bas. Tugasan mereka ialah berkemahiran memeriksa fizikal bas seperti brek, clutch, gear dsbnya. Mereka juga mempunyai integriti tentang keselamatan jalanraya.

Setelah tamat berkursus, mereka ditempatkan di syarikat-syarikat bas. Inspektor Bas perlu berada didalam bas pada setiap masa sebagai pemantau. Beliau memeriksa keadaan bas sebelum bertolak dan juga memastikan keadaan pemandu benar-benar bersedia sebelum memulakan perjalanan. Beliau juga berkuasa untuk memberi arahan kepada pemandu untuk mematuhi peraturan jalanraya. Jika ia dipraktikkan, bayangkan bas tersebut tidak akan disaman langsung kerana mematuhi peraturan pada setiap masa. Insyallah, kemalangan buruk seperti yang selalu dihadapi juga dapat dielakkan.

Untuk mempraktikkannya sudah semestinya memakan kos yang tinggi. Syarikat bas perlu membayar kos kepada pembekal Inspektor Bas. Tetapi mereka boleh mengenakan caj yang tinggi kepada pengguna dan pengguna rasanya tidak mempunyai masalah untuk membayar memandangkan tahap keselamatan yang lebih tinggi diapplikasikan.

Comments

  1. Saya rasa sangat bersetuju dengan kaedah yang saudara utarakan. Sebagai pengguna saya tidak kisah jika tambang dinaikkan apabila keselamatan saya lebih terjamin. Kaedah ini telah terbukti bila musim perayaan ada polis dalam bas tetapi sampai bila polis nak kerja atas bas?

    ReplyDelete
  2. Penyelesaian yang kreatif dan lebih praktikal. Kerajaan sepatutnya terus mempraktikkan tindakan ini tanpa tangguh. Sistem pemantauan elektronik tidak mampu menyelesaikan masalah ini kerana drebar bas kita boleh modified.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK