Posts

Showing posts from January, 2011

INTEGRITI GURU

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti. Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan. Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

Keikhlasan lahir dari dalam diri kita dan ianya tidak mempunyai skala serta tidak mampu disukat oleh orang lain. Tahap keikhlasan seseorang manusia adalah perkara yang tidak dapat ditentukan oleh orang lain kecuali hanya diri sendiri sahaja yang mengetahui kedudukan sebenar tahap keikhlasan kita. Maka bagi melaksanakan proses revolusi perubahan dan pemantapan kredibiliti warga guru sudah semestinya memerlukan komitmen setiap individu yang bernama guru di setiap pelosok manapun anda berada. Tiada sesiapa yang memaksa anda berubah kerana anda berhak menentukan tindakan keatas diri anda. Anda juga tidak akan dibuang kerja sekiranya anda enggan berubah malahan gaji anda tetap dibayar setiap bulan. Ini adalah salah satu daripada sikap segelintir guru yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam program yang membabitkan penglibatan secara total setiap individu. Mereka merasakan diri mereka hanyalah terdiri daripada unit kecil yang tidak memberi kesan terhadap sebarang keputusan. Mereka lebih sen

MENGAPA YAHUDI BIJAK

Petikan dibawah merupakan artikel yang saya baca dari internet untuk dikongsi bersama. MENGAPA YAHUDI BIJAK Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih di

INOVASI DAN BUMIPUTERA

Bidang inovasi merupakan satu kluster ekonomi yang sebenarnya mampu diterokai dan dikuasai oleh golongan bumiputera. Jika kita melihat kepada penyertaan bumiputera dalam pertandingan inovasi yang dijalankan   MyIdeas oleh SIRIM dan MOSTI baru-baru ini, hampir 90% penyertaan adalah dari golongan bumiputera, sudah cukup membuktikan keupayaan mereka dalam bidang ini. Persoalannya, golongan ini tidak mendapat pendedahan sebenar bagaimana untuk menguruskan inovasi mereka. Bumiputera masih lagi mewarisi status-quo sebagai petani. Ibarat penanam padi yang hanya menanam dan menghasilkan padi. Seterusnya padi dijual kepada pengilang yang didominasi oleh bukan bumiputera. hasilnya bumiputra mendapat hasil yang sedikit sementara pengilang tadi mendapat untuk yang berlipat kali ganda. Inilah yang bakal terjadi kepada industri inovasi. Bumiputera hanya tahu menghasilkan inovasi dan seterusnya ia dikomersialkan oleh bukan bumi. Akibatnya bumiputra hanya mendapat untung yang sedikit atas skala indiv