MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

Keikhlasan lahir dari dalam diri kita dan ianya tidak mempunyai skala serta tidak mampu disukat oleh orang lain. Tahap keikhlasan seseorang manusia adalah perkara yang tidak dapat ditentukan oleh orang lain kecuali hanya diri sendiri sahaja yang mengetahui kedudukan sebenar tahap keikhlasan kita.
Maka bagi melaksanakan proses revolusi perubahan dan pemantapan kredibiliti warga guru sudah semestinya memerlukan komitmen setiap individu yang bernama guru di setiap pelosok manapun anda berada. Tiada sesiapa yang memaksa anda berubah kerana anda berhak menentukan tindakan keatas diri anda. Anda juga tidak akan dibuang kerja sekiranya anda enggan berubah malahan gaji anda tetap dibayar setiap bulan.
Ini adalah salah satu daripada sikap segelintir guru yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam program yang membabitkan penglibatan secara total setiap individu. Mereka merasakan diri mereka hanyalah terdiri daripada unit kecil yang tidak memberi kesan terhadap sebarang keputusan. Mereka lebih senang berdiam diri dan melihat sahaja orang lain bertungkus lumus memikul tanggungjawab masing-masing.
Sikap sebegini tidak sukar dicari dalam sesebuah sekolah. Di dalam sesebuah sekolah terdapat kepelbagaian sikap guru yang merumitkan keadaan para pelajar untuk dijadikan contoh teladan. Bagaimana kita hendak membentuk dan mendidik pelajar sedangkan diri kita sendiri bersikap acuh tidak acuh terhadap perubahan.
Rumit. Apabila terdapat segelintir lagi guru yang sudah tidak mempunyai motivasi untuk mendidik lagi tetapi terpaksa terus menjadi guru memandangkan komitmen pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya masih belum selesai. Golongan ini akan menjalankan tugas disebabkan oleh keterpaksaan apatah lagi untuk melahirkan keikhlasan dalam tugas mereka. Malang sungguh anak didiknya kerana dianugerahkan sebuah patung yang tidak mempunyai perasaaan untuk membentuk jiwa manusia yang memerlukan.
Seribu warna tingkahlaku guru-guru disetiap sekolah perlu dihimpunkan dengan segera dan diberi pemantapan dalaman secara berhemah. Matlamatnya ialah melahirkan golongan guru yang secara sendiri sedar tentang perubahan total yang perlu dilaksanakan dan seikhlas hati memimpin diri sendiri kearah perubahan.
Golongan guru-guru ini pula harus tidak jemu-jemu menunjukkan contoh teladan kepada guru-guru yang lain agar mereka juga mendapat ikhtibar tentang kepentingan pembinaan sahsiah yang berkualiti dalam diri mereka. Pendekatan secara paksaan haruslah dielakkan kerana ianya tidak mencerminkan sahsiah dan budipekerti guru unggul.
Kekuatan dan keistimewaan guru unggul adalah melalui tingkahlaku yang menarik hati untuk didekati dan tidak memaksa orang lain membuat perubahan seperti dirinya. Malahan orang lain akan terpaut untuk meneladani tingkah laku mulianya secara sukarela dan keikhlasan inilah yang menjadi tunjang konsistensi kepada jatidiri.

Comments

  1. Saya amat bersetuju. Diharapkan guru-guru kita terus fokus dan komited terhadap pendidikan. Bijak mencorak hidup sebagai role model kepada para pelajar.

    ReplyDelete
  2. You definitely hit the nail on the head zul! Sad to say, it is happening in almost all the schools in Msia. Because of these few bad apples, our teaching profession has been tainted. Nowadays, how many parents actually come up to us to thank us for teaching their children? They do not have confidence in teachers' credibility anymore.
    It's all because of the attitude of some teachers. We can't change their acuh tak acuh attitude. They have to change themselves. A good teacher teaches from the heart not the book!

    ReplyDelete
  3. Pemikiran sebeginilah yang harus ada kepada setiap insan yg bergelar guru tatkala tekanan yg dihadapi oleh guru semakin hari semakin mencabar. Tambahan pula dgn sindrom A yang melanda masyarakat. Semoga artikel ini dapat membantu guru-guru menyelusuri ertikata kehidupan seorang guru yang bergelar pendidik. Terima kasih sahabatku.. Hah!!! ini baru skema.. Sahabat lu bro! Amran

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK