BETULKAN YANG BIASA dan BIASAKAN YANG BETUL

Semakin lama kita menjadi guru, sewajarnya prestasi kita semakin memuncak. Ilmu pengetahuan kita pula secara tidak langsung semakin meningkat kerana profesyen perguruan itu memerlukan kita lebih banyak membaca.

Barapa banyakkah bilangan buku telah dibaca oleh guru-guru dalam setahun? Kalau membaca buku-buku pelajar, memang semua guru terpaksa membacanya tetapi persoalan saya ialah buku-buku ilmiah. Buku-buku ilmiah sewajarnya menjadi satu kewajipan untuk dibaca oleh guru-guru. Membaca buku-buku ilmiah wajib menjadi kebiasaan oleh guru-guru.

Mengapa saya mengutarakan persoalan membaca ini?

Kerana saya melaluinya sendiri bersama-sama golongan pendidik dari peringkat menengah hingga ke pengajian tinggi. Ramai yang tidak dapat berhujah dengan fakta yang ilmiah. Saya tidak berapa kisah jika mereka tidak dapat menjawab, tetapi saya terlalu kecewa apabila mereka tidak berusaha untuk mencari jawapannya. Kita boleh membayangkan apakah kualiti pelajar yang dihasilkan apabila golongan guru juga tidak berusaha untuk menambah ilmu.

Ilmu pengetahuan boleh diperolehi dengan pelbagai kaedah pada hari ini: buku, akhbar, majalah, internet, televisyen serta berbagai lagi media yang berada disekeliling kita. Bercakap mengenai internet seribu satu ilmu terdapat didalamnya jika kita berusaha mencari. Tetapi berapa ramaikah yang menggunakan internet untuk tujuan yang betul.

Apabila kita malas berusaha untuk mencari ilmu dari awal, maka sikap ini akan menjadi kebiasaan. KEBIASAAN sebenarnya mampu mengawal diri kita. Kebiasaan yang positif akan menjadi amat berguna kepada kita tetapi kebiasaan yang negatif akan memusnahkan diri kita.

Oleh itu, marilah kita menekankan soal KEBIASAAN ini dalam diri sendiri serta pelajar kita. Kita membiasakan yang betul, seperti membiasakan diri dengan perkara-perkara yang positif. Sementara kita membetulkan yang biasa bermaksud kita memperbetulkan perkara-perkara negatif yang menjadi kebiasaan dalam hidup kita.

Comments

  1. Menarik "quote" tersebut.. tq

    ReplyDelete
  2. Guru-guru bukan pemalas tetapi tak sempat nak baca buku..

    ReplyDelete
  3. yup..spt kata mantan GB saya "BETULKAN YG BIASA & BIASAKAN YG BETUL"
    ilmu wajar dituntut sepnjg hayat...secara formal atau tidak formal asalkn ilmu itu b'manfaat buat kita di dunia & akhirat...

    ReplyDelete
  4. saya amat bersetuju dgn pendapat penulis. Saya jadi pengedar majalah agama di sekolah (ANIS dan ASUH terbitan Galeri Ilmu). Antara guru ada yg berkata, " Tak sempatlah nak baca , tak ada masa."

    ReplyDelete
  5. Guru2 pada hari ini baik yang lama maupun yang baru memang diakui kurang karisma untuk berhujah kerana mereka kurang membaca.Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara

    ReplyDelete
  6. mengulas komen sdra aziz:
    jika guru-guru tak sempat baca buku, mcmana nak suruh anak murid membaca? (ironinya, murid dilabel pemalas kerana tidak membaca sedangkan...)

    Betul apa yg disaran oleh penulis. Ibubapa dan guru-guru PERLU MEMBACA. Kalau tidak buku pun, bahan bacaan ringkas ttp berguna seperti suratkhabar, iklan-iklan berinformasi. Label pd pembungkus makanan pun takpe. Sbbnya, selain menambah ilmu pd diri sendiri, ia juga jd contoh pd generasi muda (anak,murid dsb).

    Bhkan membaca perlu dijadikan budaya masyarakat. Bukan stkt tabiat bg 1-2 individu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK