Hapuskan Sistem Sekolah Vernakular

Pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dalam pembangunan modal insan bagi menjamin kelestarian dan kejayaan sesebuah negara.Malaysia merupakan satu-satunya negara dirantau ini yang mengiktiraf kewujudan sekolah vernakular dalam sistem pendidikan.

Sekolah vernakular merupakan satu isu yang amat sensitif untuk dibincangkan kerana ia melibatkan soal politik. Maka kerajaan berpendapat sekolah vernakular perlu diteruskan atas alasan kemandirian politik. Tetapi hakikatnya ia benar-benar menjadi halangan kepada matlamat negara untuk menjadi SATU.

Kerajaan berpendapat pembangunan sistem pendidikan negara melalui kewujudan sekolah vernakular mampu melahirkan rakyat yang mempunyai nilai tambah apabila dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Memang benar pendapat tersebut tetapi hasilnya hanya diperolehi oleh satu bangsa sahaja walaupun data menyatakan bahawa 55,975 orang daripada 612,000 pelajar SJKC merupakan pelajar bumiputera.

Apakah yang menjadi kepentingan kerajaan sebenarnya dalam isu pendidikan?
Apakah matlamat kerajaan dalam soal pendidikan?
Sampai bilakah isu  pendidikan perlu dipolitikkan?

Bila kita melihat pola politik pada hari ini, pengundi Cina akan terus mengundi pembangkang walaupun terlalu banyak tolak ansur yang diberikan kepada mereka.Maka, kerajaan perlu membuat tindakan berani dengan segera untuk memperkasakan sistem pendidikan negara dengan menghapuskan sekolah vernakular dan menjadikan sekolah kebangsaan sebagai satu-satunya sistem pendidikan dinegara ini.

Apabila sekolah satu sistem berjaya diwujudkan maka agenda pendidikan dapat memberi fokus kepada peningkatan kapasiti dan seterusnya mencapai matlamat 1 MALAYSIA.

Comments

  1. Sangat setuju. Inilah masanya perlu tunjuk kepada mereka akibat menyokong parti pembangkang. Kuasa mereka akan berkurangan di parlimen dan takde siapa nak backup mereka

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK