Peningkatan Sahsiah Pelajar

Jangkawaktu kursus PLKN akan ditambah lagi kerana masa yang diperuntukkan selama 3 bulan pada masa kini didapati tidak mencukupi untuk peningkatan sahsiah peserta.

Pembangunan sahsiah memerlukan masa yang lebih panjang dari apa yang PLKN mahukan. Tidak ada bezanya peningkatan tambahan 2 bulan lagi. Pembangunan sahsiah memerlukan penerapan nilai-nilai murni dari bangku sekolah lagi. Sebab itulah dalam artikel sebelum ini saya menyarankan latihan PLKN dijalankan kepada para pelajar semenjak dibangku persekolahan.

Latihan PLKN yang dijalankan sekarang menelan belanja yang terlalu besar. Namun apakah kayu ukur kejayaannya? Saya pernah menghadapi masalah dengan seorang remaja yang memakai seluar PLKN baru-baru ini. Beliau meletakkan motorsikalnya dibahu jalan dan menghalang kenderaan lain. Bermaksud beliau mementingkan diri sendiri. Apabila saya menegur, beliau melenting dan mengajak saya bergaduh. Takkan lah hal sekecil itu pun pelatih PLKN tidak dapat fahami. Sekadar satu contoh tentang integriti yang ada pada remaja hari ini yang tidak berubah sejak dahulu lagi.

Mungkin pihakPLKN akan mengatakan bahawa tuduhan itu tidak berasas. Atau mungkin beliau bukan pelatih PLKN. Apa saja jawapannya, ternyata latihan PLKN yang dijalankan selama ini tidak mendatangkan kesan. Jika beliau bukan pelatih PLKN, maka persoalannya mengapa latihan tersebut tidak diwajibkan sahaja kepada semua bekas pelajar lepasan SPM.

Saya amat berharap agar latihan PLKN ini dijalankan dibangku persekolahan. Fikirkanlah mekanisma yang perlu dibuat agar pelajar-pelajar sekolah mempunyai masa yang mencukupi untuk meningkatkan sahsiah mereka. Guru-guru disekolah pada hari ini memang telah menanggung beban kerja yang amat berat dalam soal pembangunan akademik.Maka sumbangan jurulatih PLKN amat diperlukan untuk berganding bahu dengan guru untuk meningkatkan sahsiah mereka.

Comments

  1. sahsiah pelajar hanya boleh dibaiki dgn agama... bukan semangat2 yg lain.... xsalah bersifat patriotisme... atau menyayangi bangsa kita... kerana ia adalah fitrah manusia... suka pada sesuatu yg ada persamaan dgn kita... TETAPI, DALAM APA JUA KEADAAN, AGAMA WAJIB DILETAKKAN DI TEMPAT PERTAMA DAN TERATAS... KERANA ITULAH HIRERKI KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH....

    ReplyDelete
  2. tiada siapa menafikan bahawa agama itu adalah kewajipan. tetapi kita membincangkan tentang realiti. saya suka mengambil contoh kebersihan. mengapa pelajar kita masih membuang sampah dimerata-rata tempat. bukankah kebersihan itu tuntutan agama juga? maka kegagalan disini ialah menerapkan nilai murni dan sahsiah pelajar untuk menjaga kebersihan. mengapa masih gagal?

    ReplyDelete
  3. sbnarny sy kurg fhm tntg pggunaan prkataan integriti..boleh tolng jelskn dgn lbih jlas beserta conth yg mdah difahami..trma kasih..

    ReplyDelete
  4. Integriti bermakna kita melaksanakan perkara yang mengikut norma kehidupan.. seperti contoh pepatah GURU KENCING BERDIRI, ANAK MURID KENCING BERLARI.. merupakan satu analogi yang baik. Perbuatan "kencing" mengikut norma nilai murni haruslah dalam keadaan bertinggung dan bukannya berdiri.

    Kita membuang air kecil (kencing) dalam keadaan yang tertutup dimana tiada siapa yang meiihat kita. Jadi terpulanglah kepada kita untuk bertinggung atau berdiri. Sebagai seorang yang mempunyai integriti, seharusnya sipelaku akan bertinggung, walaupun tiada siapa yang melihat kerana beliau tahu bahawa integriti bermakna melaksanakan perbuatan murni walaupun tiada orang yang melihat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK