Guru Bahasa Inggeris Perlu Dinilai Melalui Peperiksaan


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian dijalankan berhubung pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah kerana penguasaan bahasa tersebut yang kurang baik dan ia bukan berpunca dari guru-guru.

Apa yang hendak diperkatakan lagi. Baru reda dengan pembatalan PPSMI, kini ia diungkit semula. PPSMI tempohari, salah satu daripada tujuannya ialah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Waktu Pengajaran&Pembelajaran Bahasa Inggeris disekolah memang tidak mencukupi, sebab itulah matematik dan sains di Bahasa Inggeriskan supaya pelajar diPAKSA menggunakan Bahasa Inggeris. Namun ketidaksabaran sesetengah pihak untuk melihat hasil telah melenyapkan impian tersebut.

Sebarang perubahan yang dilakukan disekolah hasilnya akan dicapai dalam masa 15-20 tahun.
Para pelajar kurang menguasai Bahasa Inggeris dengan baik akibat kekurangan waktu P&P dan juga kegagalan guru yang mengajar Bahasa Inggeris menguasai bahasa tersebut dengan baik. Pasti ramai yang tidak bersetuju dan memarahi saya tetapi itulah kenyataannya. Perlukan bukti?

Untuk membuktikannya senang sahaja. Jalankan ujian Bahasa Inggeris kepada para guru dan lihatlah keputusannya. Berikan guru-guru Bahasa Inggeris ini soalan peringkat SPM. Ianya sudah memadai. Penguasaan guru-guru ini boleh diukur, maka laksanakanlah.

Negara kita memerlukan guru yang benar-benar memiliki ilmu pengetahuan yang sangat tinggi dalam bidangnya. Selepas itu guru-guru tersebut perlulah mempunyai komitmen yang setara untuk memindahkan ilmu tersebut kepada anak didiknya. Berapa ramaikah yang mempunyai ciri-ciri tersebut?

Comments

  1. memang betul tuan...agree 100%... bagi soalan pmr/upsr pun belum tentu boleh dapat A..

    ReplyDelete
  2. jika benar guru2 BI ini dinilai dgn peperiksaan dan mereka gagal, mampukah kerajaan menampung kekurangan guru BI ini (yang di setengah tempat agak kritikal jumlahnya)...nak kena import guru BI dr luar negara ke....kerajaan mampu ke?

    ReplyDelete
  3. Penguasaan fundamental pelajar diperingkat rendah adalah amat penting. Sewaktu di sekolah rendah inilah sewajarnya guru-guru yang mengajar BI perlu mahir ddalam bahasa tersebut. Penilaian terhadap guru-guru amat penting kerana jika guru tidak mahir mengapa perlu ada guru?
    Apa yang perlu diimport ialah tenaga pensyarah yang mengajar guru-guru..

    ReplyDelete
  4. tahukah anda bahawa di sekolah saya, ramai pelajar Tingkatan 1 masih tidak menguasai asas bahasa Inggeris itu sendiri?...yang menghairankan kebanyakan mereka mendapat keputusan yang baik untuk subjek Bahasa Inggeris dalam UPSR...

    ReplyDelete
  5. Tidak menghairankan untuk pelajar-pelajar mendapat a dalam BI di peringkat UPSR walaupun mereka tidak menguasai subjek tersebut.

    Berlatih menjawab Soalan ramalan secara intensif boleh membnuat pelajar mendapat A tetapi adakah itu yg kita mahu? Guru yang menjalankan teknik ini hanya menentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan masa depan pelajar.

    ReplyDelete
  6. Persoalannya:
    1. Guru terlalu menekankan pencapaian peperiksaan sebab ukuran kejayaan sesebuah sekolah atau seseorang guru adalah peperiksaan terutamanya UPSR
    2. Guru perlu diberi kelas tambahan sepertimana pelajar2 juga utk menambah pengetahuan terkini khususnya penguasaan BI
    3. Tolong jangan tambah beban guru di sekolah dgn tugas pengkeranian dan biarkn guru2 fokus pd peningkatan pengajaran khususnya utk pengajaran BI
    4. Menyediakan bantuan buku2 kpd guru2 BI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas komen dan pandangan anda. saya akan menjawab secara umum di posting terbaru. Terima kasih

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK