Posts

Showing posts from July, 2012

Dialog Nasional Pendidikan Negara

Apabila saya menaiki teksi di Kuala Lumpur, ada pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Alasannya jalan sesak, hujan, balik nanti tiada penumpang dan sebagainya. Maksudnya lebih kurang memandu teksi ni satu tugasan yang sangat berat. Apabila tugasan tersebut dirasakan berat, maka peraturan dan undang-undang pun dicabul. Jikalau begitu baik tak payah ada peraturan dan undang-undang. Kesimpulannya, kalau dah enggan mematuhi undang-undang, maka mengapa perlu menjadi pemandu teksi?? Sebaik-baiknya carilah kerja lain dimana undang-undang dan peraturan kerja boleh memuaskan hati dan serasi dengan jiwa anda.  Apakah kaitan cerita pemandu teksi di atas dengan guru? Sekali lagi saya ingin berkongsi pandangan tentang TUGAS dan TANGUNGJAWAB seorang guru. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi m

Blog dah ok semula

Alhamdulillah, akhirnya blog http://reformasimindaguru.blogspot.com telah berjaya dipulihkan dari masalah teknikal. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu .