Posts

Showing posts from August, 2012

Membina kelestarian pendidikan yang berkualiti untuk kekal maju dan berdaya saing didalam negara maju

Catatan cadangan ini dibuat sebagai tanda sokongan kepada Dialog Nasional Pendidikan Negara kearah Transformasi Pendidikan Negara. Saya memilih untuk memberikan input, pendapat dan cadangan terhadap Bidang Utama Kajian Semula Pendidikan melalui: BIDANG 1.. MEMARTABATKAN PROFESYEN PERGURUAN Cadangan dan input yang saya berikan adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan penglibatan saya secara terus dengan golongan guru dalam bidang latihan pembangunan inovasi. BUKSP 1: MEMARTABATKAN PROFESYEN KEGURUAN Pendekatan Kerajaan Meningkatkan kualiti guru melalui pengambilan calon-calon guru yang memiliki keputusan akademik yang cemerlang serta meningkatkan kualiti latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru-guru Menambah bilangan guru dengan ratio 1 guru bagi setiap 13 orang murid, iaitu melebihi purata antarabangsa 1 guru bagi setiap 16 orang murid Memastikan peluang perkembangan kerjaya guru di negara kita adalah setanding dengan apa yang dinikmati oleh