Kursus Penjanaan Inovasi


Latarbelakang
  1. Inovasi merupakan satu keperluan penting kepada setiap negara.
  2. PRODUK INOVASI merupakan salah satu daripada cabang inovasi yang menentukan masa depan ekonomi negara.
  3. Mekanisma ekonomi pada masa hadapan amat mengharapkan penghasilan produk inovasi yang mampu diekspot bagi menggantikan sumber komoditi yang akan pupus.
  4. Sehubungan itu, usaha kerajaan semenjak tahun 1990 bagi menggalakkan rakyat Malaysia berinovasi melalui pertandingan rekacipta harus mempunyai kesinambungan agar kita benar-benar mampu mencapai matlamat tersebut.
  5. Semenjak tahun 1990, terdapat puluhan ribu produk yang dihasilkan melalui pertandingan inovasi oleh pelbagai sektor terutamanya sektor pendidikan dan agensi-agensi kerajaan.
  6. Namun produk-produk tersebut tidak mempunyai kesinambungan sebaik sahaja selesai pertandingan.
  7. Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpasti berhubung terhentinya kesinambungan ini. 
  8. Sehubungan itu, saya berhasrat untuk membantu pihak-pihak terlibat yang berkongsi masalah ini dengan harapan seiring matlamat kerajaan untuk melihat produk inovasi negara mencapai pasaran antarabangsa. Sumbangan kami diterjemahkan dalam bentuk KURSUS PENJANAAN INOVASI.

Pengenalan
  1. Kursus Penjanaan Inovasi merupakan satu kaedah pendidikan kepada mereka yang berminat untuk mempelajari teknik menghasilkan  inovasi untuk mencapai tahap pengkomersialan.
  2. Kursus ini dibangunkan oleh saya melalui pihak Zull Design memandangkan terdapat banyak inovasi yang dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya institusi pendidikan dan agensi kerajaan melalui pertandingan inovasi yang dijalankan pada setiap tahun.
  3. Penggalakan inovasi oleh setiap sektor ini merupakan langkah pertama yang harus dipuji.
  4. Galakan tersebut perlu disokong dengan membekalkan pengetahuan merekacipta terlebih dahulu sebelum mereka melaksanakan inovasi. Pengetahuan ini akan membolehkan perekacipta benar-benar memikirkan produk inovasi yang kompetitif unutk dibangunkan
  5. Langkah seterusnya ialah melatih perekacipta untuk berpengetahuan dalam kaedah teknikal inovasi. Untuk menghasilkan produk inovasi, sewajarnya peserta mempunyai ilmu teknikal asas agar mereka mampu memikirkan mekanisma produk secara total.
  6. Apabila perekacipta telah membangunkan produk inovasi ini, langkah tersebut tidak harus terhenti disitu. Peserta perlu dibekalkan dengan pengetahuan untuk memperkembangkan produk inovasi yang telah dibangunkan.
  7. Matlamat utama bagi sesebuah produk inovasi ialah keupayaan pengkomersialan. Maka perekacipta perlu mempunyai ilmu pengetahuan berhubung pengkomersialan agar produk yang mereka hasilkan benar-benar berkeupayaan untuk diterima oleh pasaran.


Justifikasi

  1. Setiap produk inovasi dibangunkan bertujuan untuk dikomersialkan.
  2. Secara realiti, seorang perekacipta tidak perlu bertindak sebagai seorang pengilang untuk memasarkan produk.
  3. Walaupun begitu, seorang perekacipta perlu mengetahui keupayaan produknya untuk menembusi pasaran.
  4. Berdasarkan pemerhatian terhadap pola inovasi yang dijalankan semenjak tahun 1990, produk-produk inovasi yang dihasilkan terutamanya melalui pertandingan inovasi akan berakhir didalam simpanan masing-masing tanpa tindakan susulan..
  5. Banyak pihak sering menunding jari terhadap satu sama lain berhubung kegagalan produk inovasi untuk dikomersialkan.
  6. Fenomena kegagalan pengkomersialan ini perlu ditangani secara serius agar matlamat kerajaan untuk melihat produk inovasi tempatan mengambil alih peranan komoditi sebagai penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
  7. Faktor utama kegagalan pengkomersiaan adalah berpunca daripada ketidakupayaan produk untuk menembusi pasaran.
  8. Kita perlu memahami bahawa capaian kepada pasaran perlu melalui sistem pemasaran.
  9. Sistem pemasaran am terdiri daripada rantaian nilai ekonomi seperti Pengusaha, Pengilang, Pembekal dan Peniaga.
  10. Sistem pemasaran ini akan melibatkan pelaburan modal yang besar melalui aktiviti berperingkat.
  11. Aktiviti pemasaran ini bermula daripada penghasilan produk berskala besar (produksi massa), sistem penyimpanan yang efisyen, sistem pembekalan produk secara teratur dan akhirnya produk ini dipamerkan di premis peniagaan.
  12. Pelaburan yang besar ini menyebabkan Pengusaha perlu membuat penelitian mendalam sebelum bersetuju untuk mengkomersialkan produk tersebut.
  13. Diantara penelitian utama mereka ialah keupayaan kebolehpasaran produk, keluasan jangkauan pasaran, kos pengeluaran berbanding pendapatan, bekalan bahan mentah yang konsisten serta pelbagai lagi sudut penilaian yang diambilkira.
  14.  Itulah masalah utama yang dihadapi oleh perekacipta domestik pada hari ini kerana kebanyakan produk yang diinovasi dibangunkan tanpa melihat kepada keupayaan produk melalui kacamata pengusaha.


Comments

  1. inovasi dlm pendidikan tidak mencapai keberkesanan ke pengerak utama guru terutama sub bandar dan pedalaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sahaja guru sub bandar dan pedalaman, guru dibandar juga masih kabur tentang inovasi. Insyallah buku saya berhubung perkara ini akan berada di pasaran pada akhir tahun

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK