Posts

Showing posts from September, 2013

Bagaimana Inovasi Bermula

Manusia yang hidup pada peringkat awal kewujudan manusia merupakan manusia yang sangat hebat. Kehebatan mereka adalah kerana kemampuan mereka menghadapi cabaran untuk hidup. Cabaran utama kepada kehidupan ialah untuk terus memastikan mereka hidup. Bagi memastikan mereka terus hidup, mereka memerlukan tenaga. Tenaga tersebut datangnya daripada makanan. Tidak keterlaluan untuk dirumuskan bahawa perjalanan kehidupan mereka pada waktu itu adalah menjurus kearah mencari makanan. Mereka perlukan makanan untuk memastikan mereka terus hidup. Untuk mendapatkan makanan maka mereka perlu mencari benda yang boleh dimakan. Melalui pengalaman maka mereka telah mengenalpasti apa yang boleh dimakan dan apa yang memudaratkan. Kemungkinan pada peringkat awal makanan utama mereka hanyalah sumber yang berasal daripada daging. Untuk mendapatkan daging ini maka mereka perlu memburu, memancing, menjerat dan sebagainya. Peralatan yang digunakan merupakan hasil ciptaan masing-masing. Mereka sentiasa mempe