Monday, January 6, 2014

KERIKIL DIDALAM KASUT GURU

Sepanjang kita berkhidmat sebagai seorang guru, kita menyedari bahawa antara masalah terbesar kita ialah berhubung dengan kocakan emosi. Memandangkan kocakan emosi ini adalah  masalah yang wujud pada setiap hari dalam diri seorang guru, ramai daripada kita mula menerimanya sebagai salah satu daripada kehidupan seharian kita. 

Ibarat memakai kasut yang longgar dikawasan berbatu kerikil dan berpasir, pastinya setiap langkah kita akan merasai kerikil kecil itu akan memasuki kasut dan apabila dibuang, selangkah kemudian kerikil lain pula akan memasuki kasut kita. Akhirnya kita redha dengan kehadiran kerikil dalm kasut kita kerana menerima hakikat tiada jalan keluar. 

Kerikil ini adalah penyebab kepada kocakan emosi kita. Persoalannya, berapa lamakah kita mampu menahan kesakitan dek tusukan kerikil tersebut didalam kasut?

Disinilah terletaknya perbezaan diantara seorang guru yang yang menggenggam tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan seorang lagi yang hanya bertugas untuk mengajar.

Sila rujuk artikel saya yang lalu untuk memahami perbezaan ini.


Disini juga saya sertakan sebuah video yang menyentuh perasaan setiap kali saya menontonnya. Percayalah ianya mampu untuk mengubah pengawalan emosi kita sebagai seorang guru.