Posts

Showing posts with the label Tanggungjawab guru

KERIKIL DIDALAM KASUT GURU

Image
Sepanjang kita berkhidmat sebagai seorang guru, kita menyedari bahawa antara masalah terbesar kita ialah berhubung dengan kocakan emosi. Memandangkan kocakan emosi ini adalah  masalah yang wujud pada setiap hari dalam diri seorang guru, ramai daripada kita mula menerimanya sebagai salah satu daripada kehidupan seharian kita.  Ibarat memakai kasut yang longgar dikawasan berbatu kerikil dan berpasir, pastinya setiap langkah kita akan merasai kerikil kecil itu akan memasuki kasut dan apabila dibuang, selangkah kemudian kerikil lain pula akan memasuki kasut kita. Akhirnya kita redha dengan kehadiran kerikil dalm kasut kita kerana menerima hakikat tiada jalan keluar.  Kerikil ini adalah penyebab kepada kocakan emosi kita. Persoalannya, berapa lamakah kita mampu menahan kesakitan dek tusukan kerikil tersebut didalam kasut? Disinilah terletaknya perbezaan diantara seorang guru yang yang menggenggam tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan seorang lagi yang hanya bertugas unt

Dialog Nasional Pendidikan Negara

Apabila saya menaiki teksi di Kuala Lumpur, ada pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Alasannya jalan sesak, hujan, balik nanti tiada penumpang dan sebagainya. Maksudnya lebih kurang memandu teksi ni satu tugasan yang sangat berat. Apabila tugasan tersebut dirasakan berat, maka peraturan dan undang-undang pun dicabul. Jikalau begitu baik tak payah ada peraturan dan undang-undang. Kesimpulannya, kalau dah enggan mematuhi undang-undang, maka mengapa perlu menjadi pemandu teksi?? Sebaik-baiknya carilah kerja lain dimana undang-undang dan peraturan kerja boleh memuaskan hati dan serasi dengan jiwa anda.  Apakah kaitan cerita pemandu teksi di atas dengan guru? Sekali lagi saya ingin berkongsi pandangan tentang TUGAS dan TANGUNGJAWAB seorang guru. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi m