Posts

Showing posts with the label Transformasi pendidikan Negara

KEMAHIRAN KRITIKAL UNTUK ANAK-ANAK KITA

Image
Sila dengar kaedah penerangan membina ayat dengan betul kerana kemahiran ini adalah salah satu daripada keperluan dalam kehidupan hari ini yang serba ringkas. Kemahiran yang boleh dipanggil sebagai COGNITIVE FLUENCY ini akan menjadi satu kelebihan kepada penuturnya dalam menyampaikan maklumat. Tidak sukar dan tidak memakan masa. Hargailah masa bersama keluarga

Bagaimana merealisasikan GENOVASI

Pada 1 Ogos 2012, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Genovasi, sebuah entiti yang bertanggungjawab untuk membangunkan kemahiran inovasi dikalangan belia tempatan. Program ini bakal menghasilkan Duta Inovasi Negara yang membolehkan mereka mencipta kekayaan serta memperbaiki taraf hidup dinegara ini. tanggungjawab Duta Inovasi ini adalah untuk menghasilkan inovasi dalam bidang kemasyarakatan, ekonomi serta sistem penyampaian kerajaan. Usaha ini merupakan langkah yang paling tepat setelah beberapa inisiatif untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang inovasi dijalankan. Genovasi merupakan sebuah pusat kemahiran untuk melatih belia-belia kita menghasilkan inovasi dengan cara yang sistematik. Kita sudah tentu hendak melihat bahawa inisitif ini benar-benar bakal mendatangkan hasil. Pembinaan negara Malaysia yang maju perlu diterajui oleh sumber manusia yang berkualiti untuk menghasilkan perolehan ekonomi yang tinggi. Secara ringkasnya ekonomi ini memerlukan manusia serta produk