Posts

Showing posts with the label Zull Design

Membangunkan Kreativiti

Terlalu banyak permintaan dari individu segenap pelusuk daerah untuk menyertai kursus kreativiti yang diterima melalui surat, email serta telefon dan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas minat dan komitmen yang ditunjukkan. Saya sentiasa memohon petunjukNya agar dipermudahkan urusan dunia ini semoga dilipat gandakan lagi umat yang maju memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui pembangunan teknologi. Tuhan amat menggalakkan penguasaan ilmu dikalangan umatnya. Melalui penguasaan ilmu yang tinggi diadun dengan ketakwaan kepada Tuhan, tidak dapat disangkal lagi merupakan acuan terbaik untuk melahirkan satu umat yang berkualiti dan disegani oleh manusia. Kita telah menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana umat islam ditindas oleh rejim asing diseluruh pelosok dunia. Walaupun negara-negara Islam umumnya memiliki kekayaan sumber asli iaitu telaga minyak yang menjadi bahan terpenting didunia masa kini namun kekayaan tersebut tidak dapat menjamin kesejahteraan yan

Karnival Malaysia Inovatif 2010

Saya akan berada di Malacca International Trade Centre (MITC) pada 12-14 Nov 2010. Sempena karnival tersebut yang dianjurkan oleh MOSTI, saya akan membuka booth pameran dan mempamerkan mesin rekaan syarikat Zull Design Autotronic. Diantara bahan pameran ialah mesin robot membuat roti jala. Saya juga akan mempamer serta menjual sistem penggera rumah yang menggunakan kuasa bateri. Pada  14 Nov, saya akan menjalankan Bengkel Inovasi dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Dalam bengkel ini saya akan mendedahkan teknik untuk menjadi seorang yang kreatif serta bagaimana untuk menghasilkan inovasi. Bengkel ini adalah bengjkel terbuka dan boleh disertai oleh sesiapa. saya amat berharap para guru di sekitar kawasan tersebut dapat menghadirkan diri menyertai Bengkel ini kerana saya akan berkongsi tips mengajar yang menyeronokkan.