Posts

Showing posts with the label bagaimana menjadi kreatifi

Kursus Penjanaan Inovasi

Latarbelakang Inovasi merupakan satu keperluan penting kepada setiap negara. PRODUK INOVASI merupakan salah satu daripada cabang inovasi yang menentukan masa depan ekonomi negara. Mekanisma ekonomi pada masa hadapan amat mengharapkan penghasilan produk inovasi yang mampu diekspot bagi menggantikan sumber komoditi yang akan pupus. Sehubungan itu, usaha kerajaan semenjak tahun 1990 bagi menggalakkan rakyat Malaysia berinovasi melalui pertandingan rekacipta harus mempunyai kesinambungan agar kita benar-benar mampu mencapai matlamat tersebut. Semenjak tahun 1990, terdapat puluhan ribu produk yang dihasilkan melalui pertandingan inovasi oleh pelbagai sektor terutamanya sektor pendidikan dan agensi-agensi kerajaan. Namun produk-produk tersebut tidak mempunyai kesinambungan sebaik sahaja selesai pertandingan. Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpasti berhubung terhentinya kesinambungan ini.  Sehubungan itu, saya berhasrat untuk membantu pihak-pihak terlibat yang berkongsi masal