Posts

Showing posts with the label inovasi

Bagaimana merealisasikan GENOVASI

Pada 1 Ogos 2012, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Genovasi, sebuah entiti yang bertanggungjawab untuk membangunkan kemahiran inovasi dikalangan belia tempatan. Program ini bakal menghasilkan Duta Inovasi Negara yang membolehkan mereka mencipta kekayaan serta memperbaiki taraf hidup dinegara ini. tanggungjawab Duta Inovasi ini adalah untuk menghasilkan inovasi dalam bidang kemasyarakatan, ekonomi serta sistem penyampaian kerajaan. Usaha ini merupakan langkah yang paling tepat setelah beberapa inisiatif untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang inovasi dijalankan. Genovasi merupakan sebuah pusat kemahiran untuk melatih belia-belia kita menghasilkan inovasi dengan cara yang sistematik. Kita sudah tentu hendak melihat bahawa inisitif ini benar-benar bakal mendatangkan hasil. Pembinaan negara Malaysia yang maju perlu diterajui oleh sumber manusia yang berkualiti untuk menghasilkan perolehan ekonomi yang tinggi. Secara ringkasnya ekonomi ini memerlukan manusia serta produk

MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI

FOKUS BAJET 2012 DALAM BIDANG INOVASI Sememangnya, inovasi membolehkan rantaian nilai ekonomi dianjak ke tahap yang lebih tinggi. Inovasi mencetuskan idea baru yang dirubah menjadi nilai komersial berdaya maju. Justeru, institusi penyelidikan perlu menyusun semula strategi untuk menterjemahkan hasil R&D kepada produk yang bernilai komersial. Inovasi perlu diterap dan diamalkan oleh semua, termasuk sektor swasta, sektor awam, NGO, ibu bapa, institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, hatta kanak-kanak prasekolah. Dengan ini, sukacita saya mengumumkan tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional. Bagi menjayakan hasrat ini, Kerajaan telah mengatur beberapa inisiatif strategik dengan peruntukan 100 juta ringgit seperti berikut: Pertama: Melaksana program penerapan dan pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA serta di kawasan luar bandar. Program ini akan dijalankan melalui kerjasama antara agensi Kerajaan dan NGO; Kedua: Meneruskan pelaksanaan program Jejak Inov

KENAPA ANDA RASA ANDA TIDAK KREATIF?

Ramai orang berasakan bahawa kreativiti adalah milik sebahagian kelompok manusia sahaja. Mereka kata orang yang kreatif ini adalah "gifted". Pandangan ini menyebabkan ramai orang mengambil jalan mudah...AKU TIDAK KREATIF jadi tak perlu nak fikir teruk-teruk. Pandangan itu menjadi satu stigma dan memberi impak negatif kepada masa depan generasi akan datang. Saya menyambut baik dasar ekonomi negara untuk berubah dari ekonomi berasaskan perusahaan menjadi ekonomi berasaskan inovasi. Tetapi berjayakah kita mencapainya? Adakah pihak atasan memahami level sebenar pemikiran rakyat dinegara ini? Bukanlah saya skeptikal, tetapi saya amat mengharapkan negara kita berjaya menjadi negara berasaskan inovasi dalam erti kata yang sebenar dan bukannya kosmetik semata-mata. Untuk menjadi negara ekonomi berasaskan inovasi memerlukan rakyat yang berkemampuan. Rakyat yang hendak disediakan perlu bermula dari bangku sekolah lagi. Adakah pihak kerajaan benar-benar memahami masalah yang berlaku di