Posts

Showing posts with the label matlamat

Jatidiri Guru

Bukanlah martabat yang menjadi perjuangan utama warga guru kerana martabat adalah milik masyarakat. Jika masyarakat ingin memartabatkan kita di suatu peringkat yang tinggi maka tinggilah kita begitu juga sebaliknya. Apa yang ingin dicapai ialah meyakinkan negara bahawa generasi masa depan yang akan bertindak sebagai pelapis yang akan menerajui negara telah siap disediakan dengan ilmu yang secukupnya. Di sinilah sumbangan setiap individu yang bergelar guru dituntut untuk menyempurnakan tanggungjawabnya. Apabila kita menggerakkan hati untuk bertindak maka seluruh anggota badan akan melaksanakan tanggungjawab seperti yang dikehendakki oleh hati kita. Maka hati kita merupakan aspek penting dalam menentukan halatuju kita. Walaupun minda kita mampu menginterpretasikan kesan hasil dari tindakan namun hati kita menentukan tindakan yang akan diambil. Untuk membuktikan kebenarannya, eloklah kita renungkan kembali pendekatan kita dalam pengajaran pada setiap hari. Kita dibekalkan oleh Tuhan denga