Posts

Showing posts with the label memasak

KENAPA ANDA RASA ANDA TIDAK KREATIF?

Ramai orang berasakan bahawa kreativiti adalah milik sebahagian kelompok manusia sahaja. Mereka kata orang yang kreatif ini adalah "gifted". Pandangan ini menyebabkan ramai orang mengambil jalan mudah...AKU TIDAK KREATIF jadi tak perlu nak fikir teruk-teruk. Pandangan itu menjadi satu stigma dan memberi impak negatif kepada masa depan generasi akan datang. Saya menyambut baik dasar ekonomi negara untuk berubah dari ekonomi berasaskan perusahaan menjadi ekonomi berasaskan inovasi. Tetapi berjayakah kita mencapainya? Adakah pihak atasan memahami level sebenar pemikiran rakyat dinegara ini? Bukanlah saya skeptikal, tetapi saya amat mengharapkan negara kita berjaya menjadi negara berasaskan inovasi dalam erti kata yang sebenar dan bukannya kosmetik semata-mata. Untuk menjadi negara ekonomi berasaskan inovasi memerlukan rakyat yang berkemampuan. Rakyat yang hendak disediakan perlu bermula dari bangku sekolah lagi. Adakah pihak kerajaan benar-benar memahami masalah yang berlaku di