Posts

Showing posts with the label mengajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK

Peperiksaan SPM dan STPM hampir tiba ke penghujung. Para pelajar yang menduduki peperiksaan akan menarik nafas lega namun degupan jantung para guru disebaliknya. Semakin dekat dengan pengumuman keputusan peperiksaan debaran para guru kian kencang. Jika kerisauan pelajar hanyalah berkisar mengenai diri masing-masing tetapi kegusaran para guru adalah berkaitan dengan keseluruhan anak didiknya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Seolah-olah peperiksaan itu adalah untuk menguji kecekapan guru mengajar ( sesuatu yang harus difikirkan!!!) Saya teringat sewaktu pengumuman keputusan UPSR tempohari secara khususnya. Seorang pelajar ini membuat kenyataan betapa terkejutnya beliau dengan keputusan cemerlang yang diperolehi memandangkan beliau sering tertidur di dalam kelas. Maknanya bukanlah disebabkan oleh guru yang menjadikan beliau cemerlang. Pelajar yang lainnya menyatakan resipi kejayaan adalah tuisyen yang diikuti serta usaha keras mereka mengulangkaji pelajaran. Hampir tid

BUDAYA MEMBACA BUKU? HANYA 2% GURU GEMAR MEMBACA?

Umum mengetahui betapa pentingnya membaca. Dari mula persekolahan hidup kita dipenuhi dengan pembacaan buku. Habis sekolah, ramai orang tidak lagi membaca buku. Mengapa aktiviti penting ini diabaikan? Kerana kebanyakan rakyat Malaysia sewaktu kecil atau dizaman persekolahan dipaksa membaca buku. Mereka membaca bukan kerana minat tetapi kerana terpaksa. Orang yang gemar membaca buku terdiri dari golongan yang memahami apa yang dipelajari. Setelah mereka memahami apa yang dipelajari, mereka menjadi dahagakan maklumat tambahan. Maka mereka membaca dan terus membaca. Golongan yang tidak gemar membaca buku pula terdiri daripada mereka yang tidak memahami apa yang dipelajari. Apabila mereka tidak memahami apa yang dipelajari, maka minat mereka akan hilang. Mereka tidak berkeinginan untuk mencari maklumat berhubung perkara tersebut. Menjadi tanda tanya dalam pemikiran saya pada hari ini, apakah tahap pembacaan buku dikalangan guru-guru di sekolah kita? Saya telah menerbitkan buku REFORMASI MI