Posts

Showing posts with the label pengidea

TAHAP KREATIVITI RAKYAT MALAYSIA

Apabila saya memberi ceramah berhubung kreativiti,seringkali saya ditanya soalan berhubung kaedah untuk menjadi seorang yang kreatif. Kreativiti adalah idea yang dihasilkan oleh seseorang. Saya tidak mengatakan dihasilkan oleh "orang kreatif". Kerana tidak ada istilah "orang kreatif" sebenarnya. Maksudnya semua orang berkemampuan untuk menghasilkan kreativiti. Manusia yang mampu berfikir ialah golongan orang yang kreatif. Diperjelaskan lagi, seorang manusia yang berfikir tentang masalah yang dihadapi dan kemudian memikirkan pula jalan penyelesaiannya juga telah menjalani satu proses pemikiran kreatif. Mereka ini tergolong dalam kelompok manusia yang mempunyai IDEA YANG KREATIF . Seterusnya, terdapat golongan yang mampu menghasilkan produk yang kreatif. Mereka ini adalah pembina. Dengan kemampuan teknikal yang ada, beliau mampu menterjemahkan idea kreatif ke dalam bentuk teknikal dan menjadikannya sebagai satu produk. Mereka ini tergolong dalam PEMBINA YANG KREATIF .