Criminal Breach of Trust di sisi Tuhan

Alhamdulillah, buat pertama kalinya dalam hidup saya diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk menunaikan Umrah seterusnya menyambut Ramadhan dan Syawal di Tanah Suci Mekah.

Pelbagai perkara yang dilalui, amat menakjubkan, maklumlah first timer.

Kepada yang telah berulangkali menziarahi kota suci tersebut mungkin telah sedia maklum tentang keadaannya tetapi buat yang belum pernah menziarahi kota tersebut mungkin agak berminat untuk mengetahui apa yang saya temui semasa tempoh saya disana.

Semasa saya disana terdapat 5 juta umat Islam sedang beribadah. Setiap waktu solat, berebut manusia menerjah Masjidil Haram untuk beribadah. Lebih ramai daripada mana2 konsert didunia.

Disekeliling Masjidil Haram terdapat hotel2 yang bertaraf 5 bintang dimana harganya mencecah RM2000 seorang sehari. Kalau nak murah pun ada tetapi kena berjalan lebih daripada 2 km.

Hotel 5 bintang ini telah difatwakan termasuk sah untuk bersolat didalam hotel, maksudnya berjemaah didalam hotel tersebut bersamaan dengan berjemaah didalam Masjidil Haram. Asal nampak Kaabah, kira sah. Tak perlu bersesak2 dengan jemaah-jemaah lain. Maka mereka pun berjemaah dikalangan jemaah yang bertaraf 5 bintang. Tak perlu bergaul dengan org lain.

Timbul persoalan dibenak saya, bukankah tujuan kita kesana untuk bersatu dengan jemaah lain yang datang dari segenap pelusuk dunia? Jika kita mengkelaskan diri kita mengikut kemampuan, bagaimanakah kita hendak menyelami kedudukan jemaah lain yang amat jauh susahnya dari kita?

Atau, benarkah didunia ini Allah telah memberikan kelebihan dan kesenangan kepada mereka yang kaya agar mereka tidak perlu bersusah payah berebut memasuki masjid?

Kenyataan tersebut membuat saya terfikir. Alangkah bertuahnya menjadi orang kaya kerana dikota suci Mekah pun dipermudahkan oleh Tuhan. Tetapi amat malang jika sewaktu Tuhan melimpahkan kesenangan didunia ini, mereka lupa bahawa kekayaan dimiliki bukan hak mereka sepenuhnya.

Kekayaan adalah milik dunia ini. Dunia maksudnya manusia yang mendiami didalamnya yang dijadikan oleh Tuhan dengan pelbagai bentuk dan nasib. Tuhan hendak menguji sejauh mana cerdiknya manusia yang dijadikan pandai oleh Tuhan mentadbir simiskin yang juga dijadikan oleh Tuhan.

Maka, tanggungjawab sebagai seorang kaya amat susah. Menjadi kaya merupakan satu tugas sebenarnya. Ditugaskan oleh tuhan untuk mencari kekayaan dan menguruskan kekayaan mereka untuk simiskin. Sekiranya orang kaya menyimpan kekayaan untuk mereka sendiri, maka mereka telah melakukan CBT (Criminal Breach of Trust)dimata Tuhan. Beringatlah..

Kaya dan miskin juga milik manusia yang pelbagai agama dan bangsanya. Kejadian Tuhan belaka. Maka, apa yang saya pelajari di kota suci itu ialah, bahagianya menjadi seorang manusia yang menyintai semua manusia tidak kira siapa mereka. Menghulurkan tangan untuk bersalam dan saling bertanya dengan senyuman. Itu yang saya rasai dan alami sepanjang 3 minggu di kota mekah. Amat bermakna.

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK