Posts

Showing posts with the label pendidikan

HASRAT DAN MATLAMAT KERAJAAN ERA TUN DR MAHATHIR

Wawasan 2020 adalah matlamat besar kerajaan Tun Dr Mahathir sewaktu memandu negara ini untuk keluar dari kepompong ‘negara’ sedang membangun. Wawasan untuk menjadi sebuah ‘negara maju’ tidak boleh ditangguhkan lagi kerana negara-negara tersebut telah jauh kehadapan sementara Malaysia masih kekal stereotaip kedudukannya. Tun Dr Mahathir mensasarkan masa yang relevan bagi rakyat Malaysia bergerak seiring dengan usaha kerajaan mencapai matlamat tersebut. Kerajaan telah membuat pelaburan besar mendirikan prasarana Multimedia Super Corridor sebagai isyarat dari Malaysia kepada negara-negara lain tentang kesediaannya untuk bersaing dalam era teknologi. Pelaburan tersebut memang signifikan dari sudut pembangunan selari antara kemajuan teknologi domestik dengan kemajuan teknologi global pada masa kini. Negara berjaya mewujudkan satu prasarana yang dirancang untuk keadaan futuristik dan menggamit minat pelabur asing membuat pelaburannya di negara ini. Seandainya keadaan ini berjaya dikekalkan m...

Dasar dan Pelaksanaannya

Perubahan masa turut sama mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia. Manusia terus bergiat aktif dalam memperbaiki taraf kehidupan mereka. Perubahan ini menyebabkan berlakunya pembangunan bentuk ekonomi, politik, sosial dan budaya. Manusia berlumba mencapai matlamat dan berlakulah letusan idea dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Pembangunan pesat bidang pendidikan di negara ini adalah selari dengan tuntutan globalisasi yang menuntut keperluan masa depan yang terlalu kompetitif. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai proses perubahan bagi disesuaikan dengan perubahan kehendak semasa. Walaupun terdapat beberapa pendekatan yang tidak konsisten seperti masuk keluarnya pengenalan sesuatu perkara, jika pihak kerajaan mempunyai pandangan tersendiri yang kukuh berhubung tindakan fleksibel mereka, maka ia dianggap tindakan berani yang harus dipuji kerana Kementerian Pelajaran dianggap sungguh responsif terhadap pencapaian sesuatu pendekatan. Mereka tidak mengekalkan sesu...

REVOLOSI MENTAL

Sebagai peneraju utama kepada pewaris generasi negara masa hadapan, Institusi Pendidikan perlu menilai semula prestasi mereka dan bertanggungjawab penuh untuk ikhlas memperbetulkan kesilapan yang berlaku dengan komitmen yang jitu. Seandainya sesuatu pendekatan yang telah dilaksanakan pada hakikatnya tiada integritinya maka segeralah bertindak memperbaiki keadaan dengan penuh ketulusan. Untuk meletakkan negara Malaysia dihormati dikalangan negara-negara maju, perkara utama yang perlu dibangunkan tidak lain dan tidak bukan ialah rakyatnya. Rakyat negara ini yang perlu dibangunkan terlebih dahulu kerana mereka merupakan tenaga penggerak yang akan memacu negara ini berdepan dengan cabaran globalisasi secara kolektif. Tidak ada gunanya jika memiliki ekonomi dan teknologi yang canggih tetapi rakyat negara ini tidak mempunyai daya saing yang tinggi kerana lambat laun kecemerlangan tersebut akan merosot akibat ketidakmampuan berdepan dengan saingan dan cabaran. Revolusi Mental perlu menjadi fo...

BUKU REFORMASI MINDA GURU KINI DI PASARAN

Untuk membeli buku REFORMASI MINDA GURU, sila hantarkan e-mel kepada reformasimindaguru@yahoo.com. Anda juga boleh menghubungi saya melalui SMS kepada 019-3721449. Sila nyatakan 1. Nama penuh 2. Alamat Penghantaran 3. No Telefon yang boleh dihubungi Mod pembayaran melalui akaun bank seperti berikut: Nama bank: AMBANK No Akaun : 1320020036845 Penama : Zulfadzli Bin Haron ATAU Nama bank: MAYBANK No Akaun : 114150396143 Penama : Zuraidah Bte Jamari Harga setiap buku ialah RM30.00 Kos penghantaran melalui Pos Laju : RM 5.00 (Semenanjung) RM 10.00 (Sabah Sarawak)