Posts

Showing posts with the label 1 Malaysia

Hapuskan Sistem Sekolah Vernakular

Pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dalam pembangunan modal insan bagi menjamin kelestarian dan kejayaan sesebuah negara. Malaysia merupakan satu-satunya negara dirantau ini yang mengiktiraf kewujudan sekolah vernakular dalam sistem pendidikan. Sekolah vernakular merupakan satu isu yang amat sensitif untuk dibincangkan kerana ia melibatkan soal politik. Maka kerajaan berpendapat sekolah vernakular perlu diteruskan atas alasan kemandirian politik. Tetapi hakikatnya ia benar-benar menjadi halangan kepada matlamat negara untuk menjadi SATU. Kerajaan berpendapat pembangunan sistem pendidikan negara melalui kewujudan sekolah vernakular mampu melahirkan rakyat yang mempunyai nilai tambah apabila dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Memang benar pendapat tersebut tetapi hasilnya hanya diperolehi oleh satu bangsa sahaja walaupun data menyatakan bahawa 55,975 orang daripada 612,000 pelajar SJKC merupakan pelajar bumiputera . Apakah yang menjadi kepentingan kerajaan sebe...