Proses Pendidikan Formal
Melihat kepada mekanisma asas proses belajar, manusia memperkenalkan sistem belajar yang lebih tersusun iaitu pendekatan memindahkan ilmu pengetahuan dua hala dari seorang manusia kepada seorang manusia yang lain. Proses ini pula dibahagi kepada formal dan tidak formal seperti yang umum ketahui. Pendidikan formal jelas dilihat apabila terdapat kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan, guru yang mengajar, bahan bacaan, bangunan, masa yang dijadualkan, peperiksaan untuk menguji tahap pencapaian dan beberapa penyeragaman lain. Ilmu pengetahuan yang dipindahkan secara sistematik tersebut telah menggariskan keperluannya untuk dipelajari oleh manusia. Bergantung kepada usia, proses pendidikan semakin meningkat tahap ilmunya dari tahun ke setahun sehinggalah mereka melengkapkan zaman persekolahan formal. Ilmu asas yang diberi penekanan khusus diantaranya ialah membaca, menulis dan mengira. Selepas mereka menguasai ilmu-ilmu tersebut, maka mereka akan didedah...