Posts

Showing posts with the label inilah perjuanganku

DILEMA SEKOLAH KEBANGSAAN BHG 2

Nasib orang Melayu kini sebenarnya dibinasakan oleh pejuang-pejuang Melayu sendiri. Saya bertanggung jawab di atas kenyataan ini. Pejuang-pejuang Melayu masa kini tidak mempunyai daya pemikiran yang relevan dengan perubahan iklim semasa. Apa istimewanya mempunyai hak apabila kita harus membeli semula sayur yang ditanam ditanah kita dengan harga yang tinggi? Lambakan graduan yang menganggur seperti diumumkan majoritinya adalah orang Melayu. Bilangan yang gagal membayar pinjaman PTPTN juga majoritinya adalah orang Melayu. Gagal mendapatkan pekerjaan bagaimana untuk membayar pinjaman? Mengapa mereka gagal? Mereka gagal disebabkan oleh pejuang-pejuang bangsa Melayu yang bermatian-matian memperjuangkan keistimewaan orang Melayu. Siapa pejuang Melayu yang berani tampil ke hadapan dan mengakui fakta bahawa mereka merupakan punca Melayu gagal? Mereka ini suatu hari akan lenyap dan digantikan dengan pelapis lain yang mewarisi perjuangan mereka. Pelapis yang tetap dengan ideologi merit kepada Me...

Inilah Perjuanganku

Syukur kehadrat Tuhan yang Maha Esa atas kehendakNya mengurniakan diri ini kekuatan jiwa dalaman dan luaran sebagai antara insan terpilih yang bergelar pendidik bertaraf guru. Diiringi pula sebuah anugerah berupa hati yang dimudahkan menggalas amanah walau dihimpit pelbagai cabaran, seterusnya melengkapkan diri ini dengan kepekaan tanggungjawab untuk bersuara melalui blog ini yang akan menghimpunkan pelbagai pengalaman. Bersyukur atas kurniaannya kepadaku, semenjak hari pertama ditauliahkan sebagai guru, dalam masa yang singkat pelbagai selok belok perjawatan dan tanggungjawab yang digalas kebahuku amat mengesankan diminda lantas skop tugas seorang guru dilihat olehku sebagai suatu profesyen yang amat mencabar dan masa 24 jam sehari terlalu cepat berlalu. Keseronokan yang terpaksa dicipta sendiri untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab yang amat berat akhirnya bertukar menjadi nikmat apabila strategi serampang dua mata, mendidik dan menyelidik menghasilkan penemuan ibarat mata ai...