Posts

Showing posts with the label sikap

BETULKAN YANG BIASA dan BIASAKAN YANG BETUL

Semakin lama kita menjadi guru, sewajarnya prestasi kita semakin memuncak. Ilmu pengetahuan kita pula secara tidak langsung semakin meningkat kerana profesyen perguruan itu memerlukan kita lebih banyak membaca. Barapa banyakkah bilangan buku telah dibaca oleh guru-guru dalam setahun? Kalau membaca buku-buku pelajar, memang semua guru terpaksa membacanya tetapi persoalan saya ialah buku-buku ilmiah. Buku-buku ilmiah sewajarnya menjadi satu kewajipan untuk dibaca oleh guru-guru. Membaca buku-buku ilmiah wajib menjadi kebiasaan oleh guru-guru. Mengapa saya mengutarakan persoalan membaca ini? Kerana saya melaluinya sendiri bersama-sama golongan pendidik dari peringkat menengah hingga ke pengajian tinggi. Ramai yang tidak dapat berhujah dengan fakta yang ilmiah. Saya tidak berapa kisah jika mereka tidak dapat menjawab, tetapi saya terlalu kecewa apabila mereka tidak berusaha untuk mencari jawapannya. Kita boleh membayangkan apakah kualiti pelajar yang dihasilkan apabila golongan guru jug...

MEMAHAMI SIKAP ORANG KREATIF

Saya sering ditanya dalam majlis-majlis ceramah berhubung kaedah untuk menjadi kreatif. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, untuk menjadi kreatif, kita perlu menguasai ilmu fundamental (iaitu asas kepada sesuatu ilmu) dengan baik. Menguasai maksudnya MEMAHAMI, bukan sekadar menghafal. Sebab itulah ramai dari golongan masyarakat kita merasakan diri mereka tidak kreatif kerana tidak dikurniakan dengan otak yang kreatif. Mereka silap. Kreativiti boleh dibentuk dan bukan semata-mata anugerah khas. Orang yang menguasai ilmu fundamental dengan baik mampu berfikir secara logik dan mereka akan suka untuk menyelesaikan masalah. Mereka mampu berkomunikasi dengan masalah tersebut. Disinilah bermulanya rekacipta dan inovasi. Salah satu lagi persamaan orang yang kreatif ialah berhubung dengan sikap. Persamaan utama ialah berhubung dengan teknik mengatasi kebosanan. KEBOSANAN ADALAH MUSUH UTAMA. Apabila mereka bosan maka mereka akan mula melakukan perkara lain dan tidak akan melayani kebo...

Hala tuju Bahagian 2

Guru harus meletakkan hasrat mencapai matlamat yang digariskan untuk dijadikan satu cabaran yang menyeronokkan menjalankan tugas sebagai seorang guru. Tanpa matlamat tersebut maka kita tidak mempunyai halatuju dan berkesudahan dengan perasaaan bosan serta tidak bersemangat untuk menjadi seorang guru. Guru sudah sedia arif dengan rutin menulis persediaan mengajar untuk esok hari dalam buku rekod mengajar yang menjadi tradisi selama berpuluh-puluh tahun. Pernahkah kita meneliti semula pada setiap hujung tahun, helaian demi helaian dalam buku tersebut tentang apa yang ditulis? Rancangan tahunan, bulanan dan harian adalah sebenarnya berkait rapat dengan topik ini. Setiap awal tahun apabila kita telah mengetahui matapelajaran dan tahap yang akan diajar, selalunya saat tersebut merupakan minggu yang amat memenatkan apabila kita perlu melengkapkan buku tersebut dengan sukatan pelajaran, jadual waktu, senarai nama pelajar dan sebagainya. Ada yang menyalin semula sukatan pelajaran kedalam buku ...

TANGGUNGJAWAB GURU

Tanggungjawab seorang guru adalah sebagai seorang penyebar ilmu yang diamanahkan oleh Tuhan untuk mendidik dan membimbing anak didiknya agar berkeupayaan menjadi seorang manusia yang berjaya di masa hadapan. Harga diri seorang guru yang paling utama ialah keupayaan mereka memikul tanggungjawab ketahap yang terbaik. Namun sebelum itu, guru-guru harus muktamad dengan tanggungjawab yang dimaksudkan. Seorang manusia yang bertanggungjawab akan dipercayai oleh orang sekeliling. Pokok pun akan hidup subur jika si penanam menunjukkan tanggungjawab tinggi terhadap tanamannya. Begitu juga dengan seorang guru, diyakini kebolehannya atas nilai tanggungjawab yang dipegang untuk membentuk anak didik kearah kejayaan. Sebagai seorang guru, tanggungjawab utama kita ialah membentuk anak didik agar mereka berjaya menjadi manusia yang mampu meneruskan kehidupan pada masa hadapan tanpa memerlukan bantuan. Guru bertanggungjawab membina keyakinan para pelajarnya untuk menimba ilmu kehidupan secukup-cukupnya ...