Hukuman
Penjara katanya merupakan sebuah tempat untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Pesalah dihidangkan dengan hidup yang memeritkan didalam ruang tertutup. Lebih berat dari itu ada yang disebat dan ada juga yang dihukum gantung sampai mati. Tapi adakah mereka insaf dan tidak mengulangi kesilapan? Dari pelbagai hukuman yang diterima rasanya hanya mereka yang dihukum gantung sampai mati sahaja yang tidak akan mengulangi kesilapan mereka. Yang lain-lain, sebahagian besar akan mengulangi kesilapan mereka. Saya baru melepasi jalan dihadapan Penjara Pudu sebentar tadi dan sempat melihat sebahagian proses perobohan. Ada yang memprotes bangunan ini dirobohkan kerana beranggapan ianya memiliki nilai sejarah. Seorang pegawai penjara dalam Majalah 3 baru-baru ini mengungkapkan perkataan “disinilah bebepara penjenayah yang HEBAT seperti Botak Chin, Bentung Kali dan Mokhtar Komando dipenjarakan”. HEBAT? Bolehkah perkataan hebat digunakan kepada mereka? Saya ingin berbicara berhubung hal hukuman. Pad...