MEMBENTUK KREDIBILITI GURU
Keikhlasan lahir dari dalam diri kita dan ianya tidak mempunyai skala serta tidak mampu disukat oleh orang lain. Tahap keikhlasan seseorang manusia adalah perkara yang tidak dapat ditentukan oleh orang lain kecuali hanya diri sendiri sahaja yang mengetahui kedudukan sebenar tahap keikhlasan kita. Maka bagi melaksanakan proses revolusi perubahan dan pemantapan kredibiliti warga guru sudah semestinya memerlukan komitmen setiap individu yang bernama guru di setiap pelosok manapun anda berada. Tiada sesiapa yang memaksa anda berubah kerana anda berhak menentukan tindakan keatas diri anda. Anda juga tidak akan dibuang kerja sekiranya anda enggan berubah malahan gaji anda tetap dibayar setiap bulan. Ini adalah salah satu daripada sikap segelintir guru yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam program yang membabitkan penglibatan secara total setiap individu. Mereka merasakan diri mereka hanyalah terdiri daripada unit kecil yang tidak memberi kesan terhadap sebarang keputusan. Mereka lebih sen...