Posts

Showing posts with the label membaca

Bagaimana untuk meminati buku?

Majoriti rakyat Malaysia membaca buku hanya apabila mereka di bangku sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi. Mereka membaca kerana mereka terpaksa. terpaksa membaca disebabkan oleh permintaan peperiksaan. Seandainya tiada peperiksaan, rasanya pelajar-pelajar kita langsung tidak membaca. Kalau tidak setuju, cuba kita lihat kembali kepada fakta masyarakat kita yang telah tamat belajar. Adakah mereka dilihat membaca buku? Kalau ada yang membaca syukurlah kerana mereka terdiri dari golongan yang gemar membaca. Tetapi berapa ramai bilangan mereka? Masyarakat kita kurang membaca kerana mereka tidak diasuh untuk MINAT MEMBACA tetapi sebaliknya mereka di PAKSA MEMBACA. Sebab itu membaca tidak menjadi budaya masyarakat kita. Adakah guru-guru kita menunujukkan contoh bahawa kita minat membaca? Minat membaca akan timbul jika kita sentiasa dahagakan ilmu. Apabila kita memahami sesuatu perkara asas dengan baik maka kita akan menjadi minat. Maksudnya kita faham. Apabila kita faham maka kita...

BUDAYA MEMBACA BUKU? HANYA 2% GURU GEMAR MEMBACA?

Umum mengetahui betapa pentingnya membaca. Dari mula persekolahan hidup kita dipenuhi dengan pembacaan buku. Habis sekolah, ramai orang tidak lagi membaca buku. Mengapa aktiviti penting ini diabaikan? Kerana kebanyakan rakyat Malaysia sewaktu kecil atau dizaman persekolahan dipaksa membaca buku. Mereka membaca bukan kerana minat tetapi kerana terpaksa. Orang yang gemar membaca buku terdiri dari golongan yang memahami apa yang dipelajari. Setelah mereka memahami apa yang dipelajari, mereka menjadi dahagakan maklumat tambahan. Maka mereka membaca dan terus membaca. Golongan yang tidak gemar membaca buku pula terdiri daripada mereka yang tidak memahami apa yang dipelajari. Apabila mereka tidak memahami apa yang dipelajari, maka minat mereka akan hilang. Mereka tidak berkeinginan untuk mencari maklumat berhubung perkara tersebut. Menjadi tanda tanya dalam pemikiran saya pada hari ini, apakah tahap pembacaan buku dikalangan guru-guru di sekolah kita? Saya telah menerbitkan buku REFORMASI MI...