Mereformasikan Sistem Pendidikan Negara
Laporan Bank Dunia menyarankan Malaysia melaksanakan proses reformasi dalam bidang pendidikan bagi memenuhi hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi. Laporan tersebut berpendapat perlunya reformasi dilakukan melibatkan peringkat rendah dan menengah. Benar sekali saranan Bank dunia tersebut. Mengapa kita perlu menunggu orang luar menyarankannya baru hendak memikirkannya. Mengapa saranan tersebut timbul?. Saya tidak menyalahkan sistem pendidikan tetapi lebih kepada pelaksanaan. Kegagalan utama kita ialah kita gagal menghasilkan pelajar yang mampu berfikir. Mengapa pelajar kita lemah berfikir? Kerana mereka tidak bertanya soalan. Mengapa pelajar kita kurang bertanya soalan? Kerana mereka tidak faham apa yang dipelajari. Maksudnya, guru-guru dan pensyarah kita gagal menghasilkan pelajar yang mampu menerajui negara pada masa hadapan untuk bersaing dengan negara maju lain di dunia. Persoalannya, apa yang perlu direformasikan? Bukan sistem pendidikan, tetapi pelaksanaan. Para Menteri tidak ...