Posts

Showing posts with the label dasar ekonomi baru

DILEMA SEKOLAH KEBANGSAAN BHG 1

Apabila bidang pendidikan dipersoalkan, fikiran kita sebenarnya lebih tertumpu kepada permasalahan di Sekolah Kebangsaan, sekolah yang memikul reputasi negara sebagai khazanah yang menunjangi sebuah bangsa Malaysia. Malangnya, Sekolah Kebangsaan kini telah menjadi suatu dominasi oleh golongan Melayu kerana golongan kaum Cina lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRK) Cina. Kesannya, terlihat satu cabaran besar negara untuk menyatu padukan rakyat di negara ini kerana anak-anak di bangku usia yang sangat kecil telah diasingkan mengikut bangsa dan tercetuslah pula satu fenomena pahit yang amat sukar dipulihkan seandainya negara berhasrat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam warna-warni kaum yang berlainan. Kesan jangka panjangnya pula banyak kelihatan tidak menyebelahi pelajar-pelajar Melayu yang dari kecil bergaul sesama sendiri dan apabila mereka menaiki sekolah menengah maka semangat bangsa mereka dengan sen...