Posts

Showing posts with the label dasar pendidikan

REALITI PELAKSANAAN HASRAT DAN MATLAMAT KERAJAAN ERA TUN DR MAHATHIR (sambungan artikel lepas)

REALITI: Sejauh manakah kemajuan yang dicapai secara kolektif setakat ini berdasarkan realiti diperingkat pelaksanaan? Secara kolektif, pencapaian kemajuan pengkomputeran sebenarnya berada di bawah tahap yang wajar. Apa yang berlaku secara realiti adalah penggunaan IT dalam P&P gagal membawa makna sebenar kaedah tersebut. Komputer dilihat sebagai satu perkakasan yang perlu dipelajari cara penggunaannya sedangkan fungsi sebenarnya hanyalah sebagai alat bantuan mengajar. Penggunaan Internet secara optimum gagal dimanfaatkan kerana ia sebenarnya memerlukan seorang guru yang kreatif untuk menghasilkan suasana P&P yang kondusif. Kegagalan guru meneroka potensi Teknologi Maklumat menyebabkan strategi P&P mereka tidak ada bezanya dengan P&P menggunakan papan hitam. Teknologi Maklumat sebenarnya mampu menjadikan suasana P&P yang merangsang minat pelajar memahami isi kandungan pelajarannya. Kreativiti guru menghasilkan kepelbagaian kaedah pengajaran menggunakan IT juga seben...

Dasar dan Pelaksanaannya

Perubahan masa turut sama mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia. Manusia terus bergiat aktif dalam memperbaiki taraf kehidupan mereka. Perubahan ini menyebabkan berlakunya pembangunan bentuk ekonomi, politik, sosial dan budaya. Manusia berlumba mencapai matlamat dan berlakulah letusan idea dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Pembangunan pesat bidang pendidikan di negara ini adalah selari dengan tuntutan globalisasi yang menuntut keperluan masa depan yang terlalu kompetitif. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai proses perubahan bagi disesuaikan dengan perubahan kehendak semasa. Walaupun terdapat beberapa pendekatan yang tidak konsisten seperti masuk keluarnya pengenalan sesuatu perkara, jika pihak kerajaan mempunyai pandangan tersendiri yang kukuh berhubung tindakan fleksibel mereka, maka ia dianggap tindakan berani yang harus dipuji kerana Kementerian Pelajaran dianggap sungguh responsif terhadap pencapaian sesuatu pendekatan. Mereka tidak mengekalkan sesu...

Mencorak Generasi Pewaris Negara

Kanak-kanak dan remaja merupakan golongan yang mudah dipengaruhi minda mereka. Pada peringkat ini, sewaktu mereka sedang mempelajari tentang erti kehidupan, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menyumbangkan input tersebut. Input yang diasuh bakal mencorakkan cara hidup mereka pada masa hadapan. Perkembangan tersebut secara langsung membuktikan Institusi Pendidikan bertanggungjawab melahirkan generasi pewaris negara yang akan menerajui negara. Generasi ini bakal menentukan halatuju negara pada masa akan datang yang semestinya lebih kompetitif dan mencabar. Sehubungan itu, pihak perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara merupakan anggota terpenting dalam kitaran masyarakat hari ini. Hubungan secara terus mereka dengan generasi pewaris ini haruslah ditangani dengan penuh teliti kerana sebarang kecacatan bakal menyebabkan kerosakan pada corak negara akan datang. Pihak perancang dan penggubal dasar di negara ini haruslah berpegang teguh pada matlamat yang sejati sec...