Posts

Showing posts with the label proses belajar

Proses Belajar

Belajar adalah satu proses semulajadi yang dilalui oleh setiap manusia berdasarkan hukum alam. Melalui proses belajar manusia mengetahui dan memahami sesuatu. Proses belajar itu sendiri telahpun bermula sejak manusia dijadikan oleh Tuhan. Oleh itu, manusia diturunkan oleh Tuhan ke mukabumi ini untuk menguji sejauh manakah mereka dapat menggunakan akal untuk belajar erti dan tujuan mereka dijadikan. Berdasarkan sejarah, proses belajar ditekankan secara jelas melalui kisah anak-anak Nabi Adam As, iaitu Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya Habil akibat perasaan iri hati. Semasa Qabil bingung memikirkan cara untuk menyelenggarakan mayat saudaranya itu, maka beliau terlihat dua ekor burung gagak yang berkelahi dan seekor diantaranya mati. Burung yang masih hidup telah menggali tanah lalu bangkai kawannya itu dikuburkan ke dalam lubang yang kemudiannya dikambus kembali. Melihat kejadian tersebut, maka Qabil pun melaksanakan perkara yang sama terhadap saudaranya itu. Dari kisah terseb...