Posts

Showing posts with the label integriti

Membina kelestarian pendidikan yang berkualiti untuk kekal maju dan berdaya saing didalam negara maju

Catatan cadangan ini dibuat sebagai tanda sokongan kepada Dialog Nasional Pendidikan Negara kearah Transformasi Pendidikan Negara. Saya memilih untuk memberikan input, pendapat dan cadangan terhadap Bidang Utama Kajian Semula Pendidikan melalui: BIDANG 1.. MEMARTABATKAN PROFESYEN PERGURUAN Cadangan dan input yang saya berikan adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan penglibatan saya secara terus dengan golongan guru dalam bidang latihan pembangunan inovasi. BUKSP 1: MEMARTABATKAN PROFESYEN KEGURUAN Pendekatan Kerajaan Meningkatkan kualiti guru melalui pengambilan calon-calon guru yang memiliki keputusan akademik yang cemerlang serta meningkatkan kualiti latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru-guru Menambah bilangan guru dengan ratio 1 guru bagi setiap 13 orang murid, iaitu melebihi purata antarabangsa 1 guru bagi setiap 16 orang murid Memastikan peluang perkembangan kerjaya guru di negara kita adalah setanding dengan apa yang dinikmati oleh ...

Dialog Nasional Pendidikan Negara

Apabila saya menaiki teksi di Kuala Lumpur, ada pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Alasannya jalan sesak, hujan, balik nanti tiada penumpang dan sebagainya. Maksudnya lebih kurang memandu teksi ni satu tugasan yang sangat berat. Apabila tugasan tersebut dirasakan berat, maka peraturan dan undang-undang pun dicabul. Jikalau begitu baik tak payah ada peraturan dan undang-undang. Kesimpulannya, kalau dah enggan mematuhi undang-undang, maka mengapa perlu menjadi pemandu teksi?? Sebaik-baiknya carilah kerja lain dimana undang-undang dan peraturan kerja boleh memuaskan hati dan serasi dengan jiwa anda.  Apakah kaitan cerita pemandu teksi di atas dengan guru? Sekali lagi saya ingin berkongsi pandangan tentang TUGAS dan TANGUNGJAWAB seorang guru. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, teta...

Guru dan Ramadhan

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini. Sebulan kita berpuasa dan kita telah berusaha untuk menghindari perkara yang dilarang oleh Allah. Setiap amalan positif yang kita amalkan merupakan integriti dalam kehidupan kita, khususnya sebagai seorang guru. Perubahan tersebut banyak mengajar kita erti seorang guru, yang sewajibnya menjadi nilai kita. Alangkah bagusnya jika perubahan nilai yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan ini dapat terus kita amalkan sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir. Nikmat menjadi seorang guru yang benar-benar ikhlas dalam mendidik amatlah mulia dimata manusia dan disisi Alla Terdapat hikmah di sebalik syariat Allah, khususnya puasa. Ada rahsia, hikmah dan tujuan puasa itu yang diketahui akal manusia. Namun ada juga yang tidak dapat dijangkau akal manusia. Berkenaan hikmah puasa, terdapat tidak kurang 12 jenis hikmah iaitu: 1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama digunakan syaitan. Maka bisikan syaitan me...

Peningkatan Sahsiah Pelajar

Jangkawaktu kursus PLKN akan ditambah lagi kerana masa yang diperuntukkan selama 3 bulan pada masa kini didapati tidak mencukupi untuk peningkatan sahsiah peserta. Pembangunan sahsiah memerlukan masa yang lebih panjang dari apa yang PLKN mahukan. Tidak ada bezanya peningkatan tambahan 2 bulan lagi. Pembangunan sahsiah memerlukan penerapan nilai-nilai murni dari bangku sekolah lagi. Sebab itulah dalam artikel sebelum ini saya menyarankan latihan PLKN dijalankan kepada para pelajar semenjak dibangku persekolahan. Latihan PLKN yang dijalankan sekarang menelan belanja yang terlalu besar. Namun apakah kayu ukur kejayaannya? Saya pernah menghadapi masalah dengan seorang remaja yang memakai seluar PLKN baru-baru ini. Beliau meletakkan motorsikalnya dibahu jalan dan menghalang kenderaan lain. Bermaksud beliau mementingkan diri sendiri. Apabila saya menegur, beliau melenting dan mengajak saya bergaduh. Takkan lah hal sekecil itu pun pelatih PLKN tidak dapat fahami. Sekadar satu contoh tentang...

INTEGRITI GURU

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti. Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan. Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang...

HARGA DIRI SEORANG GURU

Sebagai seorang guru, kita dihormati oleh masyarakat sebagai seorang insan yang terhormat kerana kita memiliki kemahiran mendidik untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Ibubapa dan masyarakat mempunyai pegangan bahawa di tangan gurulah masa depan anak mereka digarap dan sudah semestinya mereka sangat berharap agar setiap guru dapat membentuk anak-anak mereka menjadi seorang manusia yang berguna di masa hadapan. Mereka akur bahawa guru memiliki cara dan kaedah terbaik untuk mendidik anak-anak mereka kerana guru-guru dikurniakan dengan ilmu khusus berhubung bidang pendidikan. Guru-guru memiliki satu harga diri yang tidak ternilai dimata masyarakat. Guru merupakan insan yang dihormati dan disanjungi sehingga keakhir hayat mereka. Gelaran guru akan kekal walaupun siguru telah meninggal dunia. Jasanya akan dikenang sepanjang hayat seandainya beliau banyak mencurahkan bakti terhadap kepentingan umum sepanjang tempoh hayatnya. Di zaman penjajahan, guru merupakan suatu profesyen yang amat dihorma...

REVOLOSI MENTAL

Sebagai peneraju utama kepada pewaris generasi negara masa hadapan, Institusi Pendidikan perlu menilai semula prestasi mereka dan bertanggungjawab penuh untuk ikhlas memperbetulkan kesilapan yang berlaku dengan komitmen yang jitu. Seandainya sesuatu pendekatan yang telah dilaksanakan pada hakikatnya tiada integritinya maka segeralah bertindak memperbaiki keadaan dengan penuh ketulusan. Untuk meletakkan negara Malaysia dihormati dikalangan negara-negara maju, perkara utama yang perlu dibangunkan tidak lain dan tidak bukan ialah rakyatnya. Rakyat negara ini yang perlu dibangunkan terlebih dahulu kerana mereka merupakan tenaga penggerak yang akan memacu negara ini berdepan dengan cabaran globalisasi secara kolektif. Tidak ada gunanya jika memiliki ekonomi dan teknologi yang canggih tetapi rakyat negara ini tidak mempunyai daya saing yang tinggi kerana lambat laun kecemerlangan tersebut akan merosot akibat ketidakmampuan berdepan dengan saingan dan cabaran. Revolusi Mental perlu menjadi fo...