Posts

Showing posts with the label guru

Tenaga Diperbaharui (Online Lecture)

Image

Peningkatan Sahsiah Pelajar

Jangkawaktu kursus PLKN akan ditambah lagi kerana masa yang diperuntukkan selama 3 bulan pada masa kini didapati tidak mencukupi untuk peningkatan sahsiah peserta. Pembangunan sahsiah memerlukan masa yang lebih panjang dari apa yang PLKN mahukan. Tidak ada bezanya peningkatan tambahan 2 bulan lagi. Pembangunan sahsiah memerlukan penerapan nilai-nilai murni dari bangku sekolah lagi. Sebab itulah dalam artikel sebelum ini saya menyarankan latihan PLKN dijalankan kepada para pelajar semenjak dibangku persekolahan. Latihan PLKN yang dijalankan sekarang menelan belanja yang terlalu besar. Namun apakah kayu ukur kejayaannya? Saya pernah menghadapi masalah dengan seorang remaja yang memakai seluar PLKN baru-baru ini. Beliau meletakkan motorsikalnya dibahu jalan dan menghalang kenderaan lain. Bermaksud beliau mementingkan diri sendiri. Apabila saya menegur, beliau melenting dan mengajak saya bergaduh. Takkan lah hal sekecil itu pun pelatih PLKN tidak dapat fahami. Sekadar satu contoh tentang...

INTEGRITI GURU

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti. Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan. Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang...

Kemanakah PLKN?

Aktiviti Dalam Kelas (Indoor) di PLKN akan dikurangkan dan digantikan dengan memperbanyakkan aktiviti Luar kelas (Outdoor) atas alasan pelatih berasa bosan dengan aktiviti Indoor. Apakah penyebab aktiviti Indoor perlu dikurangkan? Pada pendapat saya ianya disebabkan oleh tenaga pengajar gagal untuk menarik perhatian pelatih. Aktiviti indoor sepatutnya mempunyai elemen simulasi yang menyeronokkan. Apabila pelatih merungut kerana ianya membosankan, sepatutnya pihak pentadbir perlu melihat kembali kaedah pengajaran dalam kelas dan bukannya mengambil jalan keluar dengan menambah aktiviti outdoor. Simulasi yang dijalankan dalam aktiviti indoor adalah satu ruangan yang memberikan banyak pengajaran berbanding dengan aktiviti outdoor. Aktiviti outdoor banyak menguji fizikal dan mental peserta tetapi kebanyakan pelatih akan memandangnya sebagai satu hiburan ataupun permainan. Justeru, intipati aktiviti akan lebih menjurus kepada permainan. Untuk menjalankan aktiviti indoor, tenaga pengajar perl...

Dasar dan Pelaksanaannya

Perubahan masa turut sama mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia. Manusia terus bergiat aktif dalam memperbaiki taraf kehidupan mereka. Perubahan ini menyebabkan berlakunya pembangunan bentuk ekonomi, politik, sosial dan budaya. Manusia berlumba mencapai matlamat dan berlakulah letusan idea dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Pembangunan pesat bidang pendidikan di negara ini adalah selari dengan tuntutan globalisasi yang menuntut keperluan masa depan yang terlalu kompetitif. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai proses perubahan bagi disesuaikan dengan perubahan kehendak semasa. Walaupun terdapat beberapa pendekatan yang tidak konsisten seperti masuk keluarnya pengenalan sesuatu perkara, jika pihak kerajaan mempunyai pandangan tersendiri yang kukuh berhubung tindakan fleksibel mereka, maka ia dianggap tindakan berani yang harus dipuji kerana Kementerian Pelajaran dianggap sungguh responsif terhadap pencapaian sesuatu pendekatan. Mereka tidak mengekalkan sesu...

Proses Pendidikan Formal

Melihat kepada mekanisma asas proses belajar, manusia memperkenalkan sistem belajar yang lebih tersusun iaitu pendekatan memindahkan ilmu pengetahuan dua hala dari seorang manusia kepada seorang manusia yang lain. Proses ini pula dibahagi kepada formal dan tidak formal seperti yang umum ketahui. Pendidikan formal jelas dilihat apabila terdapat kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan, guru yang mengajar, bahan bacaan, bangunan, masa yang dijadualkan, peperiksaan untuk menguji tahap pencapaian dan beberapa penyeragaman lain. Ilmu pengetahuan yang dipindahkan secara sistematik tersebut telah menggariskan keperluannya untuk dipelajari oleh manusia. Bergantung kepada usia, proses pendidikan semakin meningkat tahap ilmunya dari tahun ke setahun sehinggalah mereka melengkapkan zaman persekolahan formal. Ilmu asas yang diberi penekanan khusus diantaranya ialah membaca, menulis dan mengira. Selepas mereka menguasai ilmu-ilmu tersebut, maka mereka akan didedah...

Kriteria Seorang Guru

Renungan sejenak …..Sekiranya anak kandung anda akan mengikuti program pengembaraan kedalam hutan selama sebulan bersama rakan-rakannya, Bagaimanakah perasaan anda? Apakah yang menjadi perkara paling merunsingkan anda? Bagaimana dengan bekalan makanan yang dibekalkan? Melihat kepada persoalan tersebut,sudah tentu ia membawa berita ngeri kepada ibubapa yang terlibat. Semakin senja berlabuh, semakin dekatlah hari esok akan menjelang dan akhirnya akan tiba jugalah saat paling merisaukan. Episod keresahan tidak akan hilang selepas anak-anak bertolak tetapi setiap saat akan terbayang nasib mereka menyusuri kepayahan yang tidak pernah ditempuh sepanjang hidup. Mampukah anak mereka melawan cabaran alam yang tidak dapat diduga. Isu keselamatan jiwa berhadapan rintangan flora dan fauna serta bencana alam sentiasa menjadi keresahan. Diikuti makan minum mereka. Apakah masih cukup makanan yang dibekalkan atau sudah habis diisikan kedalam perut yang lapar. Bagaimana sekiranya anak mereka telah keha...